#NNPremiereScreening #Ant-Man

12:00 pm

✿...السلام عليكم✿

Scott Lang (lakonan Paul Rudd) bakal menghabiskan hari-hari terakhirnya di penjara San Quentin State. Di hari terakhirnya, kawannya Luis (Michael Pena) yang juga merupakan bekas banduan dan menginap di sel yang sama dengannya di penjara itu, menjemputnya dan menawarkan Scott menginap di apartmentnya buat sementara. Ini kerana Scott menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan disebabkan rekod jenayahnya iaitu di mana sebelum itu dia pernah bekerja di sebuah syarikat terkemuka dan telah menceroboh sistem syarikat tersebut dengan memindahkan wang bernilai jutaan dollar. Selain itu, dia juga telah mencuri wang syarikat sebanyak 5 juta untuk kegunaan sendiri.

Scott kemudiannya diperkenalkan kepada Dave (T.I), seorang pemandu pelancong dan Kurt (David Dasmalchian), seorang pakar kecurian identiti. Pada suatu hari, Luis bercadang untuk melakukan satu rompakan bersama-sama tetapi Scott menolak. Ini kerana dia tidak mahu dipenjarakan kerana terkenangkan anaknya yang disayanginya, Cassie. Tetapi akhirnya dia akur dengan cadangan Luis lalu mereka memulakan rompakan di sebuah rumah yang dipercayai mempunyai jongkong emas. Scott menyangka kerja2 itu mudah tetapi rupanya ada 2 halangan yang harus dia lakukan. Setelah berjaya, Scott begitu hampa kerana jongkong emas yang dimaksudkan,TIADA dalam bilik bawah tanah itu. Yang ada hanyalah sehelai sut seperti sut pelumba motosikal dan sebuah helmet.

Apa maksud sut tersebut? Adakah Scott akan mengambil sut itu menebus kekecewaannya setelah gagal merompak? Bagaimana pula dengan Ant-Man? Siapa sebenarnya Ant-Man?

Daripada 5***** anies beri 4****

Jalan ceritanya menarik dan lucu. Pada mulanya anies sangkakan ianya mirip seperti cerita2 superhero yang lain seperti Spiderman, Batman dan sebagainya. Tapi sangkaan tu meleset terutama selepas setengah jam cerita berlangsung.


Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Nuffnang yang sudi menjemput anies ke #NNPremiereScreening #Ant-Man ini. Disebabkan jemputan ni, anies terpaksa tunda masa untuk balik kampung. Tapi tak pe laa sekali sekala ;-) So, kalau yu ols ada kesempatan, bolehlah layan cerita ni. #Ant-Man akan menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai hari ini!

anatara aksi-aksi menarik dalam #Ant-Man

Pertama kali mencuba sut motosikal dalam bilik air! ;-)

Gagal dalam ujian sebagai Ant-Man.

Berkawan dengan pelbagai spesis semut.

Yellowjacket, musuh Ant-Man.




Last but not least SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua rakan2 blogger tak kira di mana sahaja anda berada. Selamat pulang ke kampung halaman. Semoga selamat pulang dan selamat kembali. MINAL IDIL WAL FAAIZIN.

(AUTO PUBLISHED)

Kisah Silam Untuk Masa Depan

28 Words of Lo♥e

  1. semua pelakon dia tak kenal..huhu.tapi kalau jalan cerita tak tipikal macam superhero lain mungkin boleh tengok pas raya ni

    ReplyDelete
  2. Hehe kebetulan belum tonton film ini, sepertinya seru ya kak anies :)

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Idul Fitri
    Mohon maaf lahir dan bathin ya kak :)

    ReplyDelete
  4. salam idilfitri maaf zahir batin anies...nampak menarik filem ni...teringat dulu2 time raya kedua berbondong-bondong masuk panggung wayang...

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya anies.

    nonton free ye...blogger retis gitu

    ReplyDelete
  6. Wah BW harini semua pakat update ant-man
    Mmg nak kena tgk juga ni

    BTW selamat hari raya aildilfiri maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
  7. timm dah tgk..mmg best!
    btw..tq..bungkusan dr anies da sampai..tq so much!

    ReplyDelete
  8. salam idul fitri ... mohom maaf zahir dan batin .

    ReplyDelete
  9. ramai kata best.. lawak.. hehe..
    time tngk preview mcm bosan je heehe..

    selamat hari raya Anies =)

    ReplyDelete
  10. Wahh da tgk antman.. menariknyaa

    ReplyDelete
  11. nak g tengok tapi tiket sold out jer memanjang.. huhuhu

    ReplyDelete
  12. Wah bestnye dapat tengok Ant-Man...

    ReplyDelete
  13. dah p tgk Antman ni. bes jugak! ehehe
    kak anies! mekaseh bagi evvelope raya & FM egypt tu :)

    salam aidilfitri & maaf zahir batin kak anies :)

    ReplyDelete
  14. belom berkesematan untuk tonton lagi...

    Selamat Hari Raya Anies...
    rietta mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap yea...

    PS : kad raya dan smpai...sangat cantik...rietta sangat suka...

    http://hati-dan-bicaranya.blogspot.com/2015/07/kad-raya-ana-muslim.html

    ReplyDelete
  15. Best nampaknya, tp blum sempat menonton lagi. Salam Aidilfitri Anies.. baru berkesempatan berblog lepas cuti sakan & bnyk makan santan dan butter.. :D :D

    ReplyDelete
  16. Banyak baca review pasal filem ant-man ni...ada yang suka ada yang tak suka... tapi anies bagi 4 bintang ni, mest best ni...

    btw, tq... saya dah terima barang yang dihantar! Tq atas ingatan... :D

    ReplyDelete
  17. Selamat Hari Raya Anies..

    Dah terima cenderamata dari anies.. Terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  18. Wouow best. Salamat hari raya

    ReplyDelete
  19. Ant-man memang best! Best! Best!

    ReplyDelete
  20. alaa..lom dapat tengok lagi!!

    ReplyDelete
  21. alaaaa CT x tngk2 lagi citer ni.. kang in torn plak nk tngk F4 ke antman huwaaa..

    ReplyDelete
  22. memang best ! lepas ni org nama anthony mesti marah. hahaaha

    ReplyDelete
  23. saat dilanggar keretapi paling lawak....pun masih belum sempat menonton sepenuhnya di pawagam

    ReplyDelete
  24. teringin nak tengok ant-man tapi tak dapat lagi...

    ReplyDelete
  25. memang kelakar ! sangat best :) hehehe
    tak sabar nk tgk couple ant-man dlm captain america

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆