Kerana lontong dan MameeChef... aku...

4:01 pm

✿...السلام عليكم✿

Pada malam raya, beberapa tahun yang lepas…

Sebaik sahaja selesai berbuka, kami; terutama yang perempuan dah start menyinsing lengan. Tugas ‘menari-nari’ di dapur akan bermula sebentar lagi.

“Kak long, tolong perah santan! Kak cik, tolong potong semua sayur-sayur tu! Adik, blend cili dan kerat sotong sekali!”

satu persatu arahan mama keluarkan.

Kita nak masak apa ni mama?” soal kak long.

“kita nak buat kuah lontong dengan sambal sotong!”

“wow wee… sedap tu!” jerit anies sambil menunjukkan isyarat thumbs up.

“hah, kalau macam tu kena tolong mama sampai kuah lontong siap!”

maka, bergotong-royonglah kami di dapur sampai ke malam. Penat tak payah cerita laa…

keesokkannya… pagi raya…

“karang, takut tak sempat nak jamah, dah habis lontong tu!” jawab anies bila mama tanya kenapa nak makan lontong walaupun belum mandi lagi.

“hah, makanlah!”

“mama, kalau simpan sikit kuah lontong ni boleh?”

mama mengangguk.

-------------------------------------------------------------------------------------------

sebelah petang, hari raya pertama, sewaktu sedang beraya…

“anies, ni mama nak beeritahu. Mama nak ikut kak cik pergi Terengganu!”

“mama nak ikut kak cik bercuti ke?”

“ya!”

anies mengeluh seketika. Dalam kepala dah terbayang, esok dapur pasti tak berasap sebab tiada orang yang akan memasak. Tapi tiba-tiba teringatkan lontong yang disimpan.

“hehehe… lontong kan ada…” kata anies dalam hati.

-----------------------------------------------------------------------------------

Pada hari raya kedua, bangkit dari tidur... perut dah berkeroncong minta diisi.

Pantas tangan membuka peti ais untuk mencari kuah lontong yang disimpan semalam.

TING!

Argghhhh mana perginya kuah lontong ni?? Mata mula melilau mencari sasaran.

TING!

Nasi impit dalam loyang dah habis! Kemudian, tudung periuk diangkat…

TING!

Arghhh kuah lontong pun dah habis!!! Siapa yang baham semua ni?? Tiba-tiba rasa nak menangis. Sampai hari orang dalam rumah ni. Habiskan semua lauk-pauk yang ada.

Nak cari makanan kat luar, of coz dah old out. Faham2 je laa… raya kedua masing2 dah start cari roti canai and nasi lemak.

entah mengapa, tiba-tiba hati terasa nak buka kabinet dapur.


TADAAA... rasa nak melompat je bila ternampak sebekas MameeChef yang tak terusik! dalam hati berkata, "rezeki tak dapat makan lontong..."

tiba-tiba...

"hah, cik anies buat apa tu?" sergah Yaya (anak saudara) dari belakang.

anies cepat-cepat menyorokkan MameeChef ke belakang.

"err... mana ada apa-apa!"

"jangan nak tipu... dah nampak dah tadi. cik anies nak masak MameeChef kan?"

mmm... mahu tak mahu anies terpaksa mengaku. 'ish.... kacau daun laa budak ni!' hati mengdongkol marah.

sangka anies, lepas tu Yaya akan berlalu dari dapur. rupanya dia masih tercegat kat situ dan memerhatikan tingkah laku anies.

'iiiisshhsh... budak ni.. pergilah tengok tv... aku nak makan MameeChef pun tak senang...' rungut anies dalam hati.

setelah MameeChef hampir masak, anies sengaja buat-buat cium keharuman bau MameeChef di hadapan Yaya.

"cik anies, nak sikit!"

"banyak cantikkk..." balas anies sambil mencebir.

tengok tu... betapa kedekutnya anies masa tu even pada anak saudara sendiri. padahal, bukannya budak tu minta semua. dia minta sedikit je.

niat untuk menyakiti si kecil terus 'membara'. anies sengaja membawa MameeChef tu ke ruang tamu sambil menonton tv. Tiba-tiba...

BEDEBUK!

memang benar kata pepatah... orang tamak selalu rugi...

dalam sekelip mata, MameeChef yang berada di tangan anies tumpah ke lantai gara-gara terpijak kereta mainan yang bersepah di atas lantai.

adooiiii... dah laa perut lapar... MameeChef pulak tumpah... sabar je laa...

sewaktu sedang mengutip sisa-sisa makanan, anies menjeling tajam ke arah anak saudara yang berdiri tidak jauh dari situ.

"hah, apa pandang-pandang?” geram pulak rasanya bila Yaya tengok anies sambil terkebil-kebil.

"kalau cik anies beri Yaya MameeChef tadi, tentu cik anies tak jatuh... tentu cik anies dah boleh makan MameeChef tu..."

ZUPPP!!! kata-kata Yaya tu tepat menikam ke jantung! malu beb kena 'sekolah' dengan budak 7 tahun!

Moral of the story, BELAJARLAH BERKONGSI... walaupun sedikit...

--------------------------------------------------------------------------------------------

bila terkenangkan semula peristiwa ni, tiba-tiba rasa nak 'tebus' balik kesilapan tu especially pada Yaya. harap2 Yaya akan balik raya tahun ni dan cik anies janji, cik anies akan buat MameeChef special untuk Yaya iaitu.... #MameeChefLontong


credit: FB Mamee Chef

suka tak? suka tak?

Harap-harap Yaya suka..sebab cik anies memang suka #MameeChefLontong ni.. mirip rasanya dengan Lontong yang mama buat..

kepada mereka yang tak dapat balik kampung sempena raya ni, pergilah cepat-cepat borong #MameeChefLontong ni! harap2 dapat kurangkan sikit rindunya pada kampung sempena Raya ni...

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

28 Your Words of Lo♥e

  1. Hi, bw #mameecheflontong anies.. best bc story anies
    Jemput singgah link : http://satujanjikita.blogspot.com/2015/07/lontong-dan-raya.html

    ReplyDelete
  2. Tak pernah rasa..sedap ye..nanti nak cuba la..

    ReplyDelete
  3. nk tau gak sape abeskan lontong raya kedua tuu ;p

    ReplyDelete
  4. Cik Anies kena beli stok MameeChef banyak2 untuk raya. Harap takde edisi mameechef lontong bedebuk tahun ni :)

    ReplyDelete
  5. Dah ada perisa lontong....
    Serious baru tau ni....nyum2..

    ReplyDelete
  6. senangkan anies ada lontong segera.boleh simpan stok di rumah. boleh segera mkn..anytime..anywhere..hehe

    ReplyDelete
  7. Baru lepas tengok Chef Ismail buat MameeChef lontong. Sedih kisah Anies tu, kemana sebenarnya lontong tu Anies?

    ReplyDelete
  8. kan dah kena cash ... heheheee ... saya dulu pun berkira dgn anak buah , takut benar rezeki habis dan rm tak cukup ... sekrg bila jadi pemurah , rm cukup je . rezeki pun alhamdulillah sentiasa ada ...

    ReplyDelete
  9. hahaha...aku gelak dulu, raya nanti mintak maaf.heehehe.tak pernah makan Mamee Chef lontong ni..kena try!

    yaya, nanti mintak duit raya extra kat cik anies ye..

    ReplyDelete
  10. jadi penasaran ingin juga mencicipinya :)

    ReplyDelete
  11. kenangan yg mendera jiwa tu...xpernah rasa lagi mammee chef lontong ni...mesti sedap.

    ReplyDelete
  12. baru nak kata mamee chef tu penyelamat. sekali tumpah lak.

    ReplyDelete
  13. sy tak pernah rasa lagi nie...nampak mcm best je bulan2 puasa nie..
    follow blog sy jgk ye..tq..http://diarihatiwanieyahaya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. momme ni sedap ! suka makan ..

    ps: sis.. just nak bagi pendapat, better tukar color background dari bunga2 ke plain (cth putih) sebab susah nak baca bila ada bunga ni. Nampak cute bunga tp untuk kebaikan blog sis boleh ambil pandangan saya . Maaf sekadar pandangan kecil :)

    ReplyDelete
  15. Tak pernah rasa lagi mamee chef lontong.. saya pun antara penggemar lontong juga.. Ok.. saya pun nak beli nanti.. mmg menarik selera nie. Thanks sharing Anies.. :) :)

    ReplyDelete
  16. Mesti yaya doa kat Allah, sbb cik anies dia kedekut sangat. Tu yg jatuh tu... hahahah saya pun selalu juga kena sekolah dgn Alisya dan Faris... pedih ooo... hahahah

    ReplyDelete
  17. Anies, ade ek perisa lontong, first time tgk ni, n baru tau... tak penah pun beli brand mamee, selalu maggi... hahahaa.. best lak baca citer ni...

    ReplyDelete
  18. Oh.. ingat makan dekat dapur.. eemm.. tapi takpe.. beli sepeket besar, boleh share reramai..

    ReplyDelete
  19. wah ada perisa lontong.. bestnya
    anies sabar ya dgn pemergian ayah. al fatihah

    ReplyDelete
  20. xpernah try lg perisa lontong ni

    ReplyDelete
  21. hahaha Mamee amek ilham buat dr citer Anies eh hehe.. tak penah rasa lagila mamee ni.. x makan mee segera sngt tp kalo makan mmg makan yg kari je..

    ReplyDelete
  22. Hihi kelakar baca

    Mesti bila duduk sensorang bleh senyum sendiri bila tefikir kan :)

    ReplyDelete
  23. Sedap ye aniss.. nak try beli la nanti

    ReplyDelete
  24. oooo kes mamee lontong rupanya

    ReplyDelete
  25. Assalam anies,
    haa
    iols tak try lagi hat ni

    ReplyDelete
  26. semua entry dh komen.. hehee
    muah2.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆