Inilah pembunuh kejayaan kita!

12:00 pm

✿...السلام عليكم✿

Ada segelintir manusia yang telah mendapatkan ilmu dan sanggup bersusah payah melabur untuk ilmu (ini adalah 80% kunci kejayaan, mempunyai ilmu yang terbukti berjaya), tetapi selepas mereka komited belajar, mereka telah "membunuh" impian mereka tanpa sedar! lebih kejam lagi, mereka TIDAK KOMITED UNTUK BERTINDAK SEGERA dengan ilmu (matlamat) tersebut.

Ilmu, jika tidak diamalkan ibarat anda membeli benih pokok tetapi anda tidak mahu menanamnya. Dan yang paling teruk adalah, mereka menyalahkan orang lain atau guru mereka di atas kegagalan mereka!
Yang paling kelakar, ada segelintir yang mempunyai ilmu tetapi masih bertindak tanpa ilmu. Ada juga yang mendengar nasihat orang yang tiada ilmu dan pengakhirannya, kedua-duanya merugikan diri sendiri.
Personally, saya selalu mengamalkan doa yang diajar oleh arwah ayah saya iaitu, kita hendaklah sentiasa memohon agar ilmu yang kita pelajari ini bermanfaat buat diri dan orang lain. Juga, memohon agar ilmu ini diberkati untuk kejayaan di dunia dan akhirat, selain meminta Allah SWT memberikan saya pimpinan-Nya, kekuatan-Nya, petunjuk-Nya, sokongan-Nya dan bantuan-Nya agar saya dapat menjalani hidup yang sementara ini dengan luar biasa serta sentiasa di bawah radar Allah SWT yang Maha Menguasai Segala Sesuatu.
Saya teringat pesan mentor saya, Dato James Greaves di mana beliau menyebut, bila kita tidak berjaya, kita "salahkan" guru kita, ibu bapa kita, suami atau isteri kita dan termasuklah Tuhan kerana tidak membantu kita mencapai apa yang kita impikan. Sebenarnya, ia adalah kesilapan atau kesalahan diri sendiri.
Kita hanya mendapat sesuatu mengikut apa yang kita lakukan, bukan apa yang kita impikan. Impian itu penting tetapi tindakan dan komitmen mencari ilmu dan kemudiannya bertindak mencapai impian itu adalah lebih penting.
Dan akhirnya kunci segala perkara di sini adalah keberkatan-Nya. Kadang-kadang kita tidak bertindak atau kita belum mencapai matlamat kita walaupun ada ilmu. Di sini pentingnya kita hendaklah sentiasa muhasabah diri. Kadang-kadang ia sudah hampir tetapi Allah SWT hendak menguji kesabaran dan kecekalan kita.

Sesuatu yang payah dicapai itu akan lebih manis bila mencapainya dalam kepayahan dan cabaran. Insya-Allah, walaupun itu bukan syarat utama mencapai kejayaan atau matlamat kita.

sumber: diubahsuai daripada emel Dr. Hj. Azizan Osman

blogger Siti Yang Menaip dan Nina Ahmad, terima kasih bebanyak kerana membedil (komen) dengan penuh bersemangat! ;-)

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

45 Your Words of Lo♥e

  1. Betul tu, yang penting usaha dan doa kan?

    ReplyDelete
  2. Sungguh beruntung ilmu yang dimiliki, bisa dapat bermanfaat untuk dirinya dan orang di sekitarnya. Kongsi yang bagus kak :)

    ReplyDelete
  3. selalunya mmg begitu . bila tak berjaya mula salahkan faktor sekeliling yg dianggap tidak dan kurang membantu . Tapi hakikatnya , diri sendiri yang tak perform dgn baik ...

    ReplyDelete
  4. Ilmu ibarat aset yg berharga, tapi kalau tak dimanfaatkan sebaiknya ibarat beruk yg mendapat bunga kan.. T kasih atas perkongsian yg baik utk direnungkan ini Anies.. :)

    ReplyDelete
  5. ada ilmu perlu diamalkan agar kejayaan yg diharapkan tercapai...

    ReplyDelete
  6. Serious sngat terkesan kata-kata azimat ini!

    ReplyDelete
  7. Gali ilmu tu...klu byk sgt ilmu,jgn lak sombong..sampaikn walau satu ayat..

    Ilmu kita ni ibarat setitis air dr laut tu..jgn bgga sgt..

    ReplyDelete
  8. Benar memang mimpi itu penting tapi memang lebih penting aksinya dalam meraih mimpi

    ReplyDelete
  9. Betul tu, Anies. Kejayaan akan lebih indah, lebih manis setelah kita berjaya atasi segala kepayahan dan pancaroba utk mendapatkannya :)

    ReplyDelete
  10. Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah..

    ReplyDelete
  11. tak suka berdepan dengan orang yang suka menyalahkan orang lain atas kesusahan yang dia alami..

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas perkongsian :-)

    ReplyDelete
  13. Benda yg susah kita nak dapat..kita akan lebih menghargainya...
    Semoga dapat manafaatkan segala ilmu ke arah kebaikan...aamiin

    ReplyDelete
  14. yup..ramai yang ada ilmu ..bersusah payah menuntut ilmu tapi x ramai yg KOMITED MENGAMALKAN ILMU.

    ReplyDelete
  15. Assalam siti,
    ILMU itu universal
    cecewah he3

    ReplyDelete
  16. Berusaha untuk menenangkan diri..
    Moga ada jalan penyelesaian dan dipermudahkanNYA..

    ReplyDelete
  17. ada ilmu kalau tak guna, rugi laa...

    ReplyDelete
  18. Cikna pun pelik macamne masih ade penganggur yang berkelulusan degree... Salah siapa

    ReplyDelete
  19. Singgah Blogwalking....:)

    jemput baca entri tentang masalah "wanita"
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/06/hilangkan-keputihan-dengan-alfalfa.html

    ReplyDelete
  20. maybe ada orang berkira nak kongsi ilmu sebab : dia pikir dah susah payah belajar nak kena share free2 je dengan orang. huhu. trust me, i've met with this species before.

    ReplyDelete
  21. tq for sharing...

    gunakan sebaiknya ilmu y kita miliki..berfikir sblm bertindak..

    ReplyDelete
  22. Nice, i really like it.if you also like our site please follow: http://www.robesdemariee2013.com/

    ReplyDelete
  23. Assalam Anies, saya baru jumpe ruang utk komen, hahahaha.. sabo jelaaa...

    ReplyDelete
  24. Salam singgah :)
    Mampir ke blog ku yang baru ya kak :)

    ReplyDelete
  25. mesti berlaku adil pada potensi diri.jgn abaikan

    ReplyDelete
  26. best sharing ni...mmg sgt bermanfaat....

    Singgah blogwalking :)

    ReplyDelete
  27. maksudnya, selagi ada ilmu hendaklah diamalkan ye?
    saya masih cuba menghadam maksud entri ini.. >.<

    ReplyDelete
  28. pertama sekali...saya hampir tak namapak ruang komen.

    kedua mengenai entry.
    betul ilmu dan amal dua perkara yang perlu sekali.

    ReplyDelete
  29. Ilmu yang begitu susah untuk kita dapat selalunya amat kita hargai dan sangat bermanfaat untuk kita...

    ReplyDelete
  30. Hidup kena ada cabaran. Kalau tak kita mati sebelum waktunya.

    ReplyDelete
  31. setuju!
    itu sbb ada pepatah kata "Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah"

    ReplyDelete
  32. Diri sendiri yg mencorak masa depan yg gemilang atau sebaliknya


    ReplyDelete
  33. Ramai yang tidak pandai menyalahkan guru, salahkan guru tapi mereka tak sedar apabila begitu tak berkat la ilmu yang kita dapat...

    ReplyDelete
  34. betul tu.. nak buat something kena fkir baik buruk dlu.. kena fkir habis2.. dats why ilmu tu penting..

    btw selamat berpuasa yaaa.. smoga sihat selalu..

    ReplyDelete
  35. subhanaAllah.. muhasabah diri.. pinjam doa tu eh boleh?

    ReplyDelete
  36. ct dgn nina ye? hahaha.. kembang la kami berdua. betol kat arwah ayah anies tu. skrg ramai bekerja tp xguna ilmu yg dipelajari

    ReplyDelete
  37. baru prasan ucapan thanks tu..
    sebab background dia keliru.. ehehhe.. Anies pun rajin ngebom jugak..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆