Layan rugbi : Malaysia juara!

12:00 pm

✿...السلام عليكم✿

Sabtu kelmarin, sempat kami terjah stadium
MBPJ untuk menyaksikan Kejohanan Rugbi
Asia 2015 antara Malaysia dengan Thailand. 

kebetulan, tiada bayaran masuk diperlukan
so apa lagi... panjang laa kaki kami ke Petaling
Jaya walaupun sebelum tu hujan lebat ya amat!

mmm... okey laa... malas nak bermukadimah
panjang2. ni... kami copy paste kan news pasal
game ni... layankan je laa ye...


MENANTI hampir tiga tahun untuk menjuarai Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2015, skuad ragbi negara akhirnya berjaya melakar kejutkan apabila menundukkan Thailand, sekali gus layak ke divisyen 1 ARC pada musim depan.

Pada perlawanan tersebut, Thailand bagaikan hilang sengat apabila terpaksa berhadapan lebih 6000 penyokong Malaysia setelah skuad negara membelasah pasukan gajah putih itu 53-7 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam.

Menurut Jurulatih Ragbi Malaysia, Lee Nyuk Fah pasukannya layak menjuarai perlawanan tersebut kerana dua perlawanan sebelum ini mereka sudah menumpaskan pasukan yang kuat seperti Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Taiwan.

“Kita telah melakukan persiapan rapi untuk menghadapi perlawanan akhir ini dan kemenangan mudah ini telah dijangka kerana skuad yang kuat telah berjaya ditumpaskan. Kita telah menggunakan beberapa taktikal berbeza, kita tahu Thailand menggunakan perlawanan yang laju, jadi kita tidak buka ruang pasukan lawan melakukan try."

“Kita mempunyai pasukan yang hebat dan pemain yang kuat untuk menembus barisan pertahanan mereka. Jadi pemain kita berjaya membuat try untuk mendapatkan mata,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.Menurutnya, selepas kejuaraan yang dirangkul, pasukannya akan berentap ke peringkat yang lebih tinggi iaitu divisyen satu."

“Selepas ini kita ada satu lagi Kejohanan iaitu Piala Crescent di Melaka bulan depan. Jadi kita mempunyai lapan hingga sembilan bulan untuk melakukan persediaan ke divisyen satu."

“Sebagaimana kita tahu divisyen satu mempunyai pasukan yang hebat seperti Sri Lanka, Kazakhstan dan Filipina jadi kita akan pastikan skuad yang ada ini akan dikekalkan. Kami perlu membuat persiapan yang rapi bagi menguatkan skuad kebangsaan, jadi saya akan memanggil balik pemain-pemain kita yang sedang beraksi di luar negara antaranya Marc Lee di Jepun dan Mohd. Amin Jamaludin untuk membantu kita sehingga mampu ke peringkat Top Three,” katanya.

Sementara itu, kapten pasukan ragbi kebangsaan, Mohd. Syahir Asraf Rosli berkata, kemenangan itu adalah hasil sokongan yang padu dari rakyat Malaysia mampu menggugat pemain Thailand.

“Kita mempunyai pasukan yang hebat dan terdiri daripada pemain muda. Kita yakin di divisyen satu nanti pasukan ini mampu memberi tentangan,” katanya.

sumber.

ni sebahagian gambar yang sempat
anies snap... sorry laa yek... kamera
cap ayam dara ni tak mampu nak
zoom sejauh 20KM ;-)

game start pukul 5. cuaca pun sedang2 elok je. cuma padang je yang tak berapa nak best sebab baru lepas hujan. ramai juga penonton yang datang...

pasukan Malaysia memakai jersi berwarna biru gelap sementara pasukan Thailand memilih warna kuning dan hitam.


masa ni, lagu kebangsaan Thailand sedang berkumandang...

game starts!

half time: Malaysia 27 - Thailand 7

second half, Malaysia lebih banyak bertahan dan bermain lebih baik hinggakan Thailand dilihat seolah2 tak mampu untuk mengekang asakan Malaysia...

kalau Dugro ada, mesti lagi best game ni!

anies keluar awal. 10 minit sebelum game habis. Malaysia leading 41 - 7. final scoreline 53 - 7! caya lah! tahniah Malaysia!! akhirnya juara menjadi milikmu!

peminat2 rugbi khususnya yang berada kat Melaka... jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan championship ni okey!

last but not least... sekadar info... ranking dunia pasukan rugbi Malaysia... 57 beb! bengkek je kalau team bola sepak tengok... ranking dunia bola sepak Malaysia? 164!! buat malu dengan Timor Leste je... credit gambar.


daaa...

Kisah Silam Untuk Masa Depan

23 Words of Lo♥e

  1. SALAM SINGGAH ANIS..SALAM MONDAY. ANIS KALAU NAK DATANG TGK SHOW TEATER eksperimen, contact saya k, 017 9156845

    ReplyDelete
  2. salam. hee tak penah tengok ragbi malaysia lagik., ;p

    ReplyDelete
  3. kamera cap ayam tu banyak jasanya tau!hehe.thanks anies, dah check email..senyum sampai telinga...hihihi

    ReplyDelete
  4. wah.. bestnye.. tak pernah pergi stadium nak sorak team malaysia..

    ReplyDelete
  5. wahhh layan ragbi, akak last layan ragbi tahun 1998...

    ReplyDelete
  6. wahh anis..ragbi pon minat.hebat anis ni..heee

    ReplyDelete
  7. tahniah Malaysia...kuat tu mampu kalahkan Thailand...takut juga tengok rugbi ni kasar sgt gaya mainnya.

    ReplyDelete
  8. Game yang acik tak pernah tengok anies

    ReplyDelete
  9. Wah kak anies berbakat juga deh jadi reporter :)

    ReplyDelete
  10. dpt masuk free besnye kak anis!
    wahh not bad jugak ranking mlysia kan.
    alahai teruknye padang kan T__T

    ReplyDelete
  11. rugi tak pi sebab boleh tengok abam2 sado..eheheheh

    ReplyDelete
  12. Ragbi ni best gak, abe gagoh tu..... Bola sepak mengarut je lebih, baik bubar... ngabihkan boreh yo....;-/

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah , menang juga Malaysia ... sukan yg ganaz ... heeee

    ReplyDelete
  14. Boleh tahan ramai juga yang datang. Semangat Malaysian ke arah sukan sekarang. :)

    ReplyDelete
  15. Lama juga saya tak menonton rugby secara live.. menariik ni.. tahniah Malaysia!!!

    ReplyDelete
  16. wow..minat bole yer..mcm husband saya.rr..hihi

    ReplyDelete
  17. ni nak tanya betol2..
    layan permainan ke layan pemain, haha

    ReplyDelete
  18. Malaysia Boleh!!!!

    p/s : walau kamera cap ayam dara, gambar langit hampir senja tu cun lar

    ReplyDelete
  19. Baru ni lah saya tengok team ragbi Malaysia. Rajinnya anies gi tengok games :)

    ReplyDelete
  20. Assalam anies,
    he3
    ghajin uols nengok sport2 ni yer
    kalo iols jangankan kata nengok live
    nengok kat rumah pun idok :P he3

    ReplyDelete
  21. Suka gak ragbi nie, sekolah rendah dulu je dapat ikut lawan dgn sekolah2

    ReplyDelete
  22. hehehe mmg Anies ni suka sukan eh.. CT suka gak tp sukan lain..

    ReplyDelete
  23. padang nampak xberapa elok tp boleh menang.. rezeki buat malaysia :)

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆