Satu usaha kecil yang akhirnya...

12:49 pm

✿...السلام عليكم✿

Ada satu kisah, di mana ada seorang pemuda yang malu untuk melakukan solat fardu, lebih-lebih lagi solat di hadapan orang ramai. 

Suatu hari, dia meminta rakannya untuk menunjukkan tempat untuk solat. Tetapi rakannya berkata, “Engkau masih muda, mengapa perlu bersolat? Sedangkan solat itu hanya untuk orang tua yang telah hampir saat kematiannya?”

Tetapi pelajar itu tetap ingin bersolat dan kemudian dia dibawa ke suatu tempat yang agak terpencil di bahagian bawah bangunan dan di sana dia dapati ada seorang lelaki tua sedang bersolat. Pelajar tersebut bertanya setelah lelaki tua itu selesai bersolat, 

“Mengapa pak cik bersolat di sini?” Orang tua itu menjawab,” Supaya tiada orang yang melihat aku.” Mendengar jawapan itu, pelajar itu berkata, “Kita akan lakukan solat di tempat terbuka,” dan dia terus menarik tangan lelaki tua itu menuju ke dewan kuliah.

Pada hari pertama, pelajar lain mencemuh pelakuan mereka tetapi selepas itu, ramai yang tertarik dan akhirnya ramai yang turut menyertai mereka.

Suatu ketika, salah seorang pelajar yang selalu hadir ke situ mengemukakan cadangan, “Apa kata kalau kita mendirikan masjid dalam kawasan kampus ini?” Pendapat tersebut dipersetujui dan mereka mula merangka usaha agar sebuah masjid boleh didirikan di situ. Akhirnya berkat usaha, dosa dan kegigihan pelajar di kampus itu, terdirilah sebuah masjid seperti yang dihasratkan.

Boleh tak kita bayangkan, betapa banyak pahala yang diperoleh mereka yang menyumbang untuk mendirikan masjid dan sekaligus menegakkan syiar Islam di kampus tersebut?

Ini kisah benar dan ianya terjadi di sebuah tempat di Perancis.


diubahsuai daripada buku: Ghaiyyir Nafsaka : Perubahan Diri, karya Amru Khalid, terbitan Ana Muslim Sdn Bhd. ISBN: 978-967-403-110-7

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

25 Your Words of Lo♥e

  1. Kagum dengan prinsip & determination pemuda tu :)

    ReplyDelete
  2. Sungguh menginspirasi this story...

    ReplyDelete
  3. SUBHANALLAH...AMAL YG DILAKUKAN BERPANJANGAN PAHALANYA TU...

    ReplyDelete
  4. Usaha mereka berdua adalah dakwah... Alhamdulillah membawa perubahan untuk semua...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..besar pahalanya..

    ReplyDelete
  6. subhanallah..besar ganjarannya

    ReplyDelete
  7. sesuatu yg kita anggap remeh, barangkali itulah yang Allah redha..
    bagusnya anak muda itu yg menjadi pencetus kepada terbangunnya masjid. bayangkanlah pahala yg diperolehinya setiap kali ada yg bersolat di dalamnya. Allahu Akhbar!

    ReplyDelete
  8. yelah anies teruja,terharu baca kisah ni...

    org selalu salah sangka..bila kita cerita mengenai agama diorg kata kita nak menunjuk,riak..dll.kita cuba buang sifat tu..tak ada penyampai maka tak adalah org tahukan...contoh org dulu ilmu tak sampai kat kampung byk sgt yg bidaah,imam baca salah tak ada sapa berani tegur..maklum org lama,tua plk tu...bila org muda ganti di katanya kita tak hormat diorg...pad hal byangkan hari2 org jemaah solat tak sah...bila bca fatihah pun salah tajwid...camner..
    skrg dah sampai merata2 ilmu akhirat ni..islam semakin berkembang sana sini..sampai org2 kafir pun takut..kita mmg tak maju dri segi ekonomi tapi dr segi islam dah jauh berkembang...bila nak bangkitnya sistem khalifah terus barat kecut perut di tuduhnya IS tu mcm2 nilah agenda barat..

    anies lari tajuk ke..hantam sajelah ye...

    ReplyDelete
  9. Ada banyak pesan dan hikmah ya kak didalamnya, nice :)

    ReplyDelete
  10. Untung nya siapa yang berpeluang memberi sumbangan yang sebegit

    ReplyDelete
  11. Subhanallah.. tanpa disedari, pengorbanan dan perjuangan mereka membawa pahala yg berpanjangan.. Menarik sgt kisah ni. Thanks sharing Anies..

    ReplyDelete
  12. ehm alangkah baiknya kalau kita juga dapat menyumbang sebegini...

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah ... Allah bantu mrk yg berkesungguhan ...

    ReplyDelete
  14. Hebat tu.. banyak pahala dia dapat.

    ReplyDelete
  15. Assalam anies,
    terharu dengan kisah ni hokeyh

    ReplyDelete
  16. wooooah.. we need more people like this.. =D

    ReplyDelete
  17. antara cara menarik untuk berdakwah..nice sharing!

    ReplyDelete
  18. bagusnya usaha pelajar tersebut..

    ReplyDelete
  19. semoga masih ada pemuda seperti dlm cerita ni.. besar ganjarannya.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆