#NNPremiereScreening #FocusMovie

12:00 pm

✿...السلام عليكم✿

Sinopsis

siapa kata mencuri tidak memerlukan
kemahiran dan kebijaksanaan? Nicky 
Spurgeon a.k.a Mellow membuktikan
bahawa dengan kemahiran, kebijaksanaan 
serta FOKUS mampu memberikannya
pulangan yang lumayan sebagai seorang
pencuri (con-man) tanpa perlu bersusah
payah seperti pencuri 'konvensional' yang lain.

Nicky tidak menjangka sama sekali perkenalannya
dengan seorang wanita jelita bernama Jess,
telah mengubah dirinya tanpa disedari. Jess
yang pada mulanya sekadar mahu mempelajari
tektik yang digunakan oleh Nicky untuk mencuri,
akhirnya terpaksa akur bahawa cinta dan harta 
benda membuatkannya akur untuk tidak perlu
bersusah payah.

namun, 'kesenangan' yang dikecapinya tidak
berpanjangan apabila dia ditinggalkan oleh Nicky. 
3 tahun kemudian, Nicky terlibat dalam satu
scam untuk memerangkap billionaire pelumbaan
kereta di Buenos Aires. di sana dia bertemu
kembali dengan Jess. tanpa diduganya, Jess
sebenarnya mempunyai hubungan dengan
billionaire tersebut. adakah Nicky akan
meneruskan niatnya untuk menipu billionaire 
tersebut meskipun telah menyedari bahawa
dia telah jatuh cinta dengan Jess?

my review

bagi peminat2 Will Smith pastinya menunggu2
filem ini ditayangkan. tapi, jujur anies katakan...
lakonan dan persembahan Will Smith dalam
filem ini agak mengecewakan. meskipun diselitkan
dengan unsur humor dan cinta, lakonan Will Smith
kali ini kurang mantap jika mahu dibandingkan
dengan filem Hancock yang pernah dilakonkannya
beberapa tahun yang lepas.

dari segi penceritaan, bagi anies filem ini 'terlalu 
pantas' untuk mengakhiri sesuatu situasi. contohnya,
part di mana Nicky mengajar Jess untuk mencuri.
sekadar menggunakan dialog dan disusuli dengan
tindakan, plot tersebut berakhir begitu sahaja.
sedikit menarik dalam filem ini adalah tentang
persahabatan yang utuh antara Nicky dan
rakan-rakannya; susah senang mereka tetap
bersama-sama.

p/s jangan bawa anak2 menonton filem ni. 
bahaya woo... sebab mengajar anak2 mencuri...
filem ini akan berada di pawagam seluruh tanah air pada 26 / 2 / 2015 (esok derr).

daripada 5*****, anies beri 3 1/2*


sedikit info tentang Jess (heroin)

nama: Margot Robbie
nama penuh: Margot Elise Robbie
asal: Australia
umur: 25 (2015)
filmography: I. C. U, The Wolf of Wall Street, Tarzan (2016), etc

terima kasih kepada pihak Nuffnang yang sudi menjemput anies untuk menghadiri #NNPremiereScreening filem malam tadi. oleh kerana sampai lewat, makanya terpaksalah duduk front row seat. sakit tengkuk woo kena mendongak sampai habis cerita...

dan terima kasih juga kerana masih 'ingat' kat anies walaupun jarang update. macih Nuffnang!

last but not least, terima kasih banyak2 kepada blogger Azizah Green Line yang sudi memberi FM Sabah ni. nampaknya bertambaha lagi koleksi FM ni ;-)

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

22 Your Words of Lo♥e

  1. Tak boleh lah ajak adik tengok cerita ni. Takut pulak bawa bad influence untuk diorang. Hrmm.

    ReplyDelete
  2. lamanya xtengok wayang..untung anisdpt tgk movie ni dulu

    ReplyDelete
  3. Pastinya seru menonton film bersama rekanan...

    ReplyDelete
  4. BESTNYA DPT MENONTON FILEM MENARIK NUFFNANG...

    ReplyDelete
  5. untunglah...
    baca sinopsis sini dah ok dah..boleh faham..

    ReplyDelete
  6. sy minat will smith..nak jugak tgk filem ni

    ReplyDelete
  7. lama tak tengok will smith belakon..

    ReplyDelete
  8. Betul tu anies, filem sebegini tak sesuai ditonton bersama anak.

    ReplyDelete
  9. Suka film will smith yang main di film bad boys

    ReplyDelete
  10. saya suka cerita genre mcm ni . selalunya klu watak itu will smith yg bawa , confirm kelakar ...

    ReplyDelete
  11. Can you please translate this in English? If you can?

    ReplyDelete
  12. Can you please translate in English? If you can?

    ReplyDelete
  13. dulu2 aku minat will smith ni...sekarang dia ni macam dah boring...hahaha...

    ReplyDelete
  14. Salam...
    Will Smith ni memang selalu bawa watak komedi kan?

    ReplyDelete
  15. Teruja nak tengok citer tu... Tahniah yer Anies dapat cpuv tu ^-^

    ReplyDelete
  16. dah tengok trailer, macam best..

    ReplyDelete
  17. last skali tgk dlm after earth.. eh jess sebaya la. hehee

    tahniah :)

    ReplyDelete
  18. Ye ke kurang mantap lakunan will smith.. hhmm.. tunggu kluar kat astro jelah baru tengok hehee.. Thanks sharing Anies.. :)

    ReplyDelete
  19. Lakonan WS mengecewakan?
    Ye ke?
    Akak pun suka tengok lakonan die sebelum ni..
    But actually dah lama x layan movie.

    ReplyDelete
  20. antara filem will smith yg x dpt sambutan

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆