Istana Qarun @ Al-Fayyoum : fakta atau auta?

12:00 pm

✿...السلام عليكم✿

Bersambung daripada SINI.

"Sesungguhnya Qarun ialah daripada kalangan kaum Musa, namun dia bertindak melampaui batas terhadap mereka dan Kami telah menganugerahkannya (sejumlah) harta di mana kunci-kuncinya tersangat berat untuk dipikul orang sejumlah orang yang kuat, (ingatlah) ketika kaumnya berkata kepada beliau, 'janganlah kamu terlalu bangga, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang membanggakan diri'. Dan carilah apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadamu (kebahagiaan) di akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melakukan kerosakan di muka bumi." (Al-Qasas: 76 - 77) 

>>::<<

selepas menjamu mata di tepi Tasik Qarun,
kami beredar ke satu lagi tempat bersejarah 
yang dikatakan mempunyai kaitan dengan
Qarun, iaitu istana Qarun.

kedudukan bangunan yang dikatakan salah satu
harta peninggalan Qarun ni terletak kira-kira
di sebelah Tenggara dari Tasik Qarun dan jarak
antaranya adalah kira2 5KM sahaja.

papan tanda yang berbunyi, Qasru Qarun - bermaksud istana Qarun. punya laa simple kan diorang punya signage? kalau kat sini, sikit punya lawa... tapi kejap je boleh jadi sasaran pencuri besi...

hah, ni lah yang didakwa sebagai istana Qarun (anak panah). yap, ianya bukanlah segagah istana yang terdapat pada hari ini atau sebesar piramid seperti yang yu ols bayangkan. ia cuma sebahagian binaan yang masih wujud dan dipercayai milik Qarun. jika benar fakta ni, acu kira... berapa usia bangunan ni?

apa yang dia tulis ek? ni, anies tolong salinkan semula:

Qasr Qaroun Dionysias lies in the east-west of Qaroun lake, about 50 k.m from Fayoum city, 8 k.m from the northern coast. It was dedicated to SOBEK god, consists of 3 floors and 336 chambers. It was made in the same way of the pyramids by air discharge. The temple entrance decorated with the winged sun design.

ustaz mengatakan bahawa ada fakta yang mengatakan ini bukan istana Qarun tapi ia adalah bangunan yang pernah dibina oleh tentera Rom ketika menjajah Mesir suatu ketika dahulu. yang mana satu benar? milik Qarun atau milik tentera Rom? wallahu 'alam. bangunan di sebelah hadapan ni tak ada kena mengena pun dengan istana Qarun. BTW, kenapa ada tong drum tu, anies?

masa ni, anies memang tak tahu, kalau nak masuk kena bayar EGD10 (RM5) [kalau tak silap laa]. sebab tu lah diorang letak tong drum, bagi menghalang orang masuk sewenang-wenangnya. tapi anies tak masuk pun sebab masa ni azan Zohor dah berkumandang.

untuk sampai ke istana Qarun ni, yu ols harus melewati rumah2 / kampung. jangan risau kalau mereka perhatikan yu ols macam nak telan. tapi sebenarnya diorang gembira bila ada tetamu datang lebih2 lagi pelancong luar.

bersebelahan pondok pengawal istana Qarun ni, ada beberapa batang pokok kurma sedang berbuah lebat. so, apa lagi! snap la kite!


ke mana Jejak Rasul anies akan pergi selepas ni?
mendaki Piramid atau menyusuri Sungai Nil?

to be continued...

tazkirah : jika ini adalah harta peninggalan Qarun, sesungguhnya Dia sengaja tidak menenggelamkannya demi membuatkan kita berfikir...

Kisah Silam Untuk Masa Depan

24 Words of Lo♥e

  1. bila tengok dan baca entri ni terfikir pada diri sendiri, bilalah berkesempatan untuk pergi sendiri... hu hu hu...salam jumaat dear...

    ReplyDelete
  2. Assalam anies,
    ceeepaatttla sambung he3 :)

    ReplyDelete
  3. seronoknyee.. dapat kita tahu macam mne suasana tempat kat sini.. selalu dengar je cerita..hihi

    ReplyDelete
  4. tanah tandus berpasir je sana eh..sgt2lah lain pemndangan dia dgn negara2 lain..

    ReplyDelete
  5. Huh akak pun imagine istana tu mesti besar kan..rupenye tak..
    Kalau orang kampung tengok macam nak telan tu haruslah takut jugak.
    Kot..kot.. Kanibal ke?
    Erkkk..

    ReplyDelete
  6. Antara fakta dan auta ..yang mana satu nak pegang yer...mushkil jugak ni...
    Apa pun best lah Anies dah sampai kesana...tahniah...

    ReplyDelete
  7. Telah dicontohkan sosok Qarun yg tamak dan serakah, moga kita termasuk orang yang pandai bersyukur ya kak
    Amin

    ReplyDelete
  8. wah asyik nih kak bisa jalan jalan sambil foto foto, keren banget pemandangan nya yah :)

    ReplyDelete
  9. simple je buat sempadan letak tong dram.

    ReplyDelete
  10. qarun ni mmg sgt kaya sbb kunci gudang2nya saja dibawa beberapa buah kereta kuda...insyaAllah...mmg suka baca info2 sejarah ni...

    ReplyDelete
  11. Saya pernah terbaca satu artikel ttg istana ni. Betul cakap Anies.. ada juga yg mengatakan istana qarun itu menjadi salah satu pusat pentadbiran sewaktu penjajahan Rom dibina atas runtuhan istana qarun.. Rasa2nyalah mungkin kedua2nya saling terkaitlah... wallahualam.
    Apa pun, buah kurma fresh tu Anies... mesti jeles Yusuf Taiyoob tengok huhu.. :D

    ReplyDelete
  12. I wish to ask you a couple of questions but I do not see your email address or your 'profile page' . Anyway you have interesting postings - not being very serious. Keep it up, young girl!

    ReplyDelete
  13. I wish to ask you a couple of questions but I do not see your email address or your 'profile page' . Anyway you have interesting postings - not being very serious. Keep it up, young girl!

    ReplyDelete
  14. Hihi baru tahu tampak pohon kurma :)

    ReplyDelete
  15. sangat indah sekali ya kak bangunan nya, merupakan sebuah peninggalan jaman pra sejarah beradapan dunia kita di masa lampau :)

    ReplyDelete
  16. jauh la pulak baki runtuhan tu ...

    ReplyDelete
  17. wow...seronoknya dapat melawat bumi anbiya'.

    ReplyDelete
  18. nampak mcm panas je suasana kat sana

    ReplyDelete
  19. kawasan tu tentu bnyak debu pasir ye Anies..

    ReplyDelete
  20. seroonoknya dapat melawat ke sana...

    ReplyDelete
  21. Bila agaknya zumal dapat jejakkan kaki kat sana ^-^

    ReplyDelete
  22. bestnya anies dapat tgk pokok kurma depan mata..heee

    ReplyDelete
  23. Harta qarun mmg banyak tp xsemua harta dia org tahu kat mana.. memang best kalau naik unta kt siilni.

    ReplyDelete
  24. memang menarik perkongsian cerita di bumi anbiya ini.

    kebiasaan aRz akan follow Jejak Rasul ataupun Ayat riwayat ketika bulan Ramadhan.

    Baca entri ini rasa bagai di bulan ramadhan.

    Dikatakan kekayaan Qarun sehingga memerlukan 400 ekor kuda untuk membawa kunci gedung kekayaannya.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆