#NNPremiereScreening #TheMazeRunner. terima kasih Nuffnang!

12:00 pm

✿...السلام عليكم✿

Sinopsis

kisah bermula apabila seorang remaja lelaki, 
Thomas dihantar ke suatu tempat yang dipanggil The Glade. 
di situ, dia bertemu dengan sekumpulan remaja lelaki 
yang tidak dikenalinya yang juga senasib dengannya. 
The Glade dikelilingi tembok konkrit yang besar (the maze
dan tiada siapa pun berjaya melarikan diri dari situ. 
sikap ingin tahu yang dimiliki Thomas telah membawanya 
mencari apakah misteri yang tersimpan di sebalik the maze.

setelah berjaya menewaskan Grievers (mechanical creatures) 
yang menyerupai seekor labah-labah raksasa, Thomas 
dan kawan-kawannya menemui kunci rahsia untuk membawa 
mereka keluar dari situ. akan tetapi usaha untuk mencari 
pintu dan jalan keluar itu perlu dibayar dengan kudrat, darah, 
air mata serta erti persahabatan.

my review

filem ini merupakan adaptasi daripada buku yang 
menggunakan judul yang sama, karangan James Dasher 
yang telah diterbitkan pada tahun Oktober 2007. 
buku yang dikategorikan sebagai young-adult-post 
apocalyptic science fiction ini, pada mulanya akan membuat 
penonton tertanya-tanya, bagaimana dan kenapa
sekumpulan remaja lelaki ini dihantar ke suatu tempat 
yang asing serta terpisah daripada dunia luar.

pertembungan antara sifat ingin tahu dan peraturan 
yang diwujudkan di kalangan komuniti The Glade 
sering mencetuskan pertikaman lidah antara 
Thomas dan Gally. kehadiran Teresa sebagai glader 
terakhir bukan sahaja menambah masalah tetapi 
juga menjadi tanda tanya dalam komuniti itu 
bagaimana Teresa mempunyai talipati dengan Thomas.

filem ini banyak unsur suspen terutama ketika 
mereka dihambat oleh Grievers dan bunyi-bunyian 
yang 'dikeluarkan' oleh the maze. selain itu, pada 
pandangan anies, filem ini ada unsur-unsur konspirasi 
terancang untuk masyarakat dunia. siapakah yang
merancang? apakah tujuannya? akan berjayakah
konspirasi tersebut? kalau nak tahu apa konspirasi
yang anies maksudkan, yu ols kenalah pergi tengok ya!

oh, ya! besar kemungkinan filem ini akan ada 
sequelnya, sama seperti buku-bukunya.
(dah nama pun trilogy...)

untuk filem ni, daripada 5*****, anies beri 4****.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

first of all, TERIMA KASIH kepada pihak Nuffnang kerana memilih anies buat kali ke-3 ke preview screening ni. bohong laa kalau cakap tak teruja… sama terujanya macam dapat BE! (hello BE? apa khabar? sihat ke? lama tak jengah blog ni?) ^_^

buat pertama kali kami tengok kat GSC Berjaya Times Square seat okey, condition dalam panggung pun okey. tak sejuk sangat...

last but not least nak menjawab pertanyaan sahabat kita ni, aiman mania... macam mana ek anies boleh dapat pass ke preview screening ni??


rasanya bloggers lain pun dah pernah cerita kot.
tak mengapa sharing is caring kan?

caranya mudah je. pertama, rajin2 laa skodeng kat
web site Encik Nuffnang tu. kalau ada post 
tentang preview screening, cepat2 klik. baca syarat2nya
sampai habis dan isikan butiran berserta jawapan 
(jika ada soalan diutarakan - selalunya memang ada).

yang ni paling penting. sebelum klik SUBMIT COMMENT,
sertakan URL blog yu ols. kalau terlupa nak taip, submit sekali lagi.

lepas tu, tunggulah emel pengesahan seperti di atas. make sure, yu ols kena selalu check emel laa bila dah dapat emel pengesahan, cepat2 laa buat RSVP.

pada hari kejadian, yu ols kena laa berangkat ke mana2 
panggung wayang yang dinyatakan dalam emel tersebut.
kalau boleh datang awal. kalau lambat, alamatnya yu ols akan
dapat seat paling depan laa... sakit tengkuk woo...

andaikata yu ols duduk di luar KL dan tak dapat nak join, 
yu ols BOLEH FORWARD emel tersebut kepada
kawan2 yu ols yang duduk di KL / Selangor sepertimana
yang dilakukan oleh blogger Anys (klik di sini)

(mostly anies dapati preview screening ni dibuat di
panggung2 wayang dalam area KL / Selangor sahaja)

akan tetapi, pastikan RSVP itu BELUM DIISI BUTIRANNYA.
ini kerana ketika yu ols mengambil pass tersebut,
pihak Nuffnang akan meminta butiran seperti yang tercatat pada RSVP.

usai menonton, buatlah sedikit review macam yang
anies buat ni pastu, post / share / twit kat FB, Twitter or IG Nuffnang.


dengan cara tu, who knows yu ols akan terpilih sekali 
lagi untuk menyaksikan preview screening filem2 seterusnya.

so, selamat mencuba dan selamat menonton! 

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

26 Your Words of Lo♥e

  1. rajin u dear... mama nak berangkat tu payah sebab bawak beg besar... hihi.. tahniah tau..

    ReplyDelete
  2. Syoknya selalu gi tengok wayang ye Anies ^_^

    ReplyDelete
  3. ish bestnya klu terpilih kan...tp sha jauh sgt nak perginya..dr sbh huhuh

    ReplyDelete
  4. Salam singgah isnin di sini...terima kasih sb masukkan blog akak dalam bloglist adik...InsyAllah nti akak masukkan blog adik dalam bloglist akak...

    ReplyDelete
  5. dah lepas tengok , ada lak keje kena buat . fair n square lah ni ... jeles sih anis dah dpt kali ke 3 ...

    ReplyDelete
  6. Owwh gitu rupanyaa.. best gak yer.. dpt gi tengok wayang.. :)

    ReplyDelete
  7. tahniah anies.. krn sentiasa mjadi pilihan pihak nuff,,


    kalo 4*..mmg sedap la.. lya klo citer suspen2 x berani tgk kat panggung..tkut habis tcampak ek tkejut.. hehe

    ReplyDelete
  8. paling malas check email la anies
    berderet2..delette pun mls..heheh

    ReplyDelete
  9. wow bestnya anies. kebiasaannya di area KL kan. rugilah blogger dari utara :( terima kasih sebab masukkan saya dalam bloglist nanti saya add dalam bloglist saya juga. :)

    ReplyDelete
  10. bagus berkongsi info bgmana utk dptkan jemputan nuffnang tengok wayang best...ramai yg berminat nak tau...

    ReplyDelete
  11. bestnya! memang teringin nak tengok pun cita ni. grafik macam gempak ^_^

    ReplyDelete
  12. alaaaaaaaa..kenapa anis tak inform kat shoutbox aiman sal nih/?thank Q sudi berkongsi tau...hehehehehehee....nasib baik blogwalking ke blog anis..kalau tak mmg kesudahnnya takkn tau..thank Q anis...

    ReplyDelete
  13. selalunya preview buat dkt the curve, encik suami mmg takmo pegi ke sana sbb takmo redah jam...bilalah nk buat dekat klang yer? hehe

    ReplyDelete
  14. macam best je cerita ni!gud luck nuffnangers sekelian!

    ReplyDelete
  15. bgus sharing mcm mna nk dpt tiket free..hii

    ReplyDelete
  16. Hurrmmm..kalau saya terpilih pun..
    Maybe tak dapat pi..

    ReplyDelete
  17. Menarik ni.. ada kelapangan nanti nak juga joinlah sekali sekala.. :)

    ReplyDelete
  18. Kebanyakkan event nuffnang di KL... mmg saru kelebihan pada bloggers yg ada sekitar KL.. :D

    ReplyDelete
  19. Untungla yg duk area kl..... kami yg duk jauh pendalaman ni mcmne ye....;-/

    ReplyDelete
  20. tahniah.. ehehe.. kalau stay kl dh lama buat. tp memang best maze runner. tak sabar nk tgk game ke 2

    ReplyDelete
  21. ohh.. dh faham dah.. bestnyee kalau duduk kL kn..huhu.. thanx sharing.. :)

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆