#NNPremiereScreening #AsAboveSoBelow. merci beaucoup Nuffnang!

12:00 pm

✿...السلام عليكم✿

Sinopsis

Scarlett Marlowe (lakonan Perdita Weeks) merupakan 
seorang arkeologis, berhasrat untuk menyambung kerja-kerja 
yang dilakukan oleh mendiang bapanya yang 
juga merupakan pengkaji sejarah terkenal untuk mencari 
a philosopher stone. di Paris, Scarlett telah melakukan 
suatu eksplorasi untuk mengkaji kubur-kubur 
yang tertanam di bawah bandar Paris. bersama-sama 
rakannya George (Ben Heldman) dan Benji sebagai 
jurukamera, mereka meminta bantuan daripada 
seorang penduduk Paris bernama Papillon. Papillon 
turut membawa Souxie dan Zed bagi melancarkan 
misi Scarlett. apabila mereka telah menemui kubur-kubur 
yang tertanam di bawah bandar metropolitan itu, 
Scarlett meneruskan hasratnya untuk terus 
mencari philosopher stone itu. namun, pencarian 
itu tidak semudah yang disangka kerana mereka 
bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan 
pelbagai cabaran di dalam terowong tersebut 
tetapi juga mereka diburu dan dihantui pelbagai 
gangguan yang juga merupakan ungkitan kepada 
dosa-dosa yang pernah mereka lakukan sebelum itu.

my review

filem ini mirip kepada filem The Da Vinci Code 
dan juga filem The Enchanted. Namun bezanya 
dengan filem ini, jalan ceritanya straight to the point. 
bermula dari mereka memasuki kubur di bawah tanah, 
kemudian terperangkap serta diburu dan akhirnya 
mereka berjaya mencari jalan keluar setelah 
berhadapan dengan cabaran dan kematian.

filem ini dirakam secara amatur. jadi, anda yang 
menonton akan berasa pening (mungkin juga akan muntah
kerana terpaksa mengikut keadaan kamera yang 
berlari-lari,bergolek-golek, jatuh terhempas dan sebagainya.

kalau dah nama filem fiksyen, of coz jalan 
ceritanya tak terlepas daripada perkara-perkara 
yang tak logik. sebagai contoh, dengan 
menggunakan philosopher stone tersebut, Scarlett 
dapat mengubati luka Souxie yang cedera parah 
selepas dihempap batu.

cerita ini ada elemen suspen dan seram. 
kalau anda jenis yang kuat melatah dan penakut, 
tak yah tengoklah kot. takut2 nanti ada yang terkucil 
pulak dalam panggung. 
^_^

daripada 5 bintang, anies beri 3 1/2 bintang.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, rezeki di awal bulan bersama Nuffnang.
TERIMA KASIH banyak2 kerana sudi memilih anies
sekali lagi untuk menyaksikan tayangan perdana
filem ini.

macam biasa... pass masuk untuk 2 orang. kali ni, dah tak sesat lagi. lagak macam dah selalu datang ke TGV ni... hahaha...

sebelum masuk panggung, layan sekejap gelagat manusia di ruang legar TGV.

row seat kami. sekadar info: jika di TGV, seat (row) A terletak paling hadapan manakala di GSC, seat (row) A terletak bersebelahan pintu masuk / seat paling belakang.

apa ni? ni bukan kedai ya tapi poster filem yang bakal berada di pawagam... unik kan?


last but not least, sekali lagi TERIMA KASIH
NUFFNANG dan kepada yang akan menonton,
enjoy the movie!

daaaa....

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

34 Your Words of Lo♥e

  1. Wahh bestnyaa..dpt tgk wayang..
    Menarik je jln citernya.. :)

    ReplyDelete
  2. untung betul anis.. tu nuffnang sayang kat anis betul..hehe

    ReplyDelete
  3. Untunglah anies..boleh cuci mta

    ReplyDelete
  4. Menarik ni... thanks sharing.. :)

    ReplyDelete
  5. makcik2 yang melatah jangan nak gatal2 pi tengok.kalau tak orang je asyik tengok makcik2 dalam panggung wayang tu..hahahah

    ReplyDelete
  6. wahhh..rajin nuffnang screening ye skang..hehe..ecah time bujang2 dulu blh la..skang kena cuti dulu..hehe

    ReplyDelete
  7. WAH DPT REZKI DRPD NUFFNANG LAGI YER TAHNIAH....

    ReplyDelete
  8. seronok dapat tengok wayang pree :)

    ReplyDelete
  9. hah?Nuffnang bg tiket?camana dapat tuh...
    hai..salam kenal....aiman klik nuffnang sekali tau.harap sudi klik yg kita punya..heehehee ^^

    ReplyDelete
  10. Saya ni penakut.
    Dulu pernah tengok.cite hantu kat panggung, tapi tutup muka dengan majalah.

    ReplyDelete
  11. Confuse jap, apa nama filem yg kau tgk ni?

    ReplyDelete
  12. utglah dpt pi tgk . saya update di blog baru -> http://cetusanmind.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. menariknya.. bukan mudah nak dapat nih.. BW dari segmen Senarai URL Blog #8

    http://izzeyda.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. tahniah dapat tengok free...

    p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #8. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/09/senarai-url-blog-8.html

    ReplyDelete
  15. jalan cerita macam menarik...tp bila baca "dirakam secara amatur"...mm dah terasa pening ..hehehe

    ReplyDelete
  16. Ada elemen seram cerita ni ye anies..

    ReplyDelete
  17. Hi ... Jalan-jalan dari Segmen Nak URL Blog #8 Mia Liana ... Jangan lupa singgah jalan kat SiNi & Join contest kat SiNi

    ReplyDelete
  18. Mesti seronokkan dapat invitation tahniah

    ReplyDelete
  19. Singgah blogwalking dari blog kak Mia :)

    Jemput singgah
    http://www.azhafizah.com/

    ReplyDelete
  20. Farah pun dh tgk citer nie.. hero dia emcem kann.. cair...hehehe

    ReplyDelete
  21. kamu.. Gallows Hill dah tengok? mcm sgt seram je..

    ReplyDelete
  22. just nak rekemen movie baru hihi

    nnt tengok la cite the fault in our stars. mmg best tau :D

    ReplyDelete
  23. Selamat menonton ya. Maaf ye lama tak datang bertandang

    ReplyDelete
  24. Macam best je cerita ni..tapi tak boleh tengok sorang-sorang ni..hehe..

    ReplyDelete
  25. singgah sini. terima kasih atas review. baru ternampak iklan movie ni di tv semalam. mula2 rasa berminat nak tengok.. tapi sayang, dirakam secara "kamera amateur" ye..which is saya tak suka sbb akan buat pening sangat..
    anyway, thx again.. :)

    ReplyDelete
  26. waa..dpt tiket free lagi..
    syoknyer...

    ReplyDelete
  27. lama benor cn tak tengok wayang..huhu

    ReplyDelete
  28. banyak juga anies dpt.. murah rezeki tu. hehe.. rasanya dr review ni nina akan tukar ke the hunger games sbb dlm bln yg sama tayangan

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆