Bukan kerana aku tak sayang

10:09 am

✿...السلام عليكم✿

Sambungan daripada cerita ni.

"kita kahwin bulan 10 nanti ya,
sempena hari jadi awak?"
dia bertanya lagi.

saya memandangnya.
setiap yang ada di wajahnya,
saya tilik, saya pandang.
tapi pandangan itu = kosong.
(terngiang-ngiang lagu Najwa Latif)

haaaaaahh...
hela nafas saya lepaskan.
berat.berat.berat.
sebenarnya... saya tak dapat
nak tafsirkan apa
yang saya rasakan ketika itu.

gembira?
sedih?
rasa nak melompat?
chak kun chak?
atau rasa nak melarikan diri?
arrghhh... saya tak tahu...
kenapa ya?

melihat saya mendiamkan diri
tanpa sebarang jawapan,
dia membuka mulut sekali lagi.

"awak, awak dengar tak ni?"
lembut suaranya menyapa gegendang.
lantas saya menunduk.
melarikan wajah daripada santapan matanya.
(oh, bebola matanya itu...)
pun begitu, tunduk saya itu bukan bermaksud
saya menjawab soalannya.
saya tunduk sebab... saya kelu!
kenapa begitu?

saya terdengar keluhan
keluar dari mulutnya.
kemudian dia mengusap mukanya.
berkali-kali.

sesaat, dua saat, tiga saat...
seminit, seminit setengah...
diam menghuni antara kami.
pun begitu, kami masih tidak berganjak.
masih lagi berdiri di hadapan
kedai Habib Jewels.
(oh, eksklusif tu!)
dan saya tahu, orang yang lalu lalang di
situ memerhatikan gelagat kami.

tapi saya tak kisah.
dia juga mungkin tak kisah.
sebab sekarang kami tengah 'shooting'
drama dan pelakonnya ialah kami.
so, syoohhh... syooohhh!

"awak!"
suara dia memeranjatkan saya.
perlahan, saya mengangkat muka.
"kenapa ni? awak marah saya ke?"
dia bertanya.
pertanyaan itu saya jawab dengan gelengan.
"habis tu, kenapa awak tak jawab pertanyaan
saya ni? kalau awak marah, saya betul-betul
minta maaf. saya tak ada
niat untuk menyimpan atau menyembunyikan
hal ni daripada awak. saya cuma nak..."

"awak!" saya memotong kata-katanya.
dia memandang saya dengan
anak mata yang membulat.
saya tahu, anak mata itu
mengandungi harapan.
anak mata itu amat berkeinginan.
tapi betahkah saya untuk menghancurkan
harapan itu?

"saya..." kata-kata itu tergantung
dengan keluhan yang berat.
"ya teruskan!" desaknya.
"awak pun tahu kan... yang saya ni..."

"awak! kenapa awak nak kaitkan
hal tu dengan apa yang saya pinta ni?
awak memang tak sayang saya ke?"

dush!!
soalan maut tu!
tapi bagi orang lain mungkin tak.

"awak tak sayang saya lagi ke?"
diulang soalan itu.
saya menunduk memandang high heel
setinggi 3 inci.
(devil wears Prada!)

"baiklah. saya dah tahu jawapan awak."
saya mengangkat muka.
"apa yang awak tahu?" soal saya.
"awak memang tak sayang saya.
sebab tu awak tak nak kahwin dengan saya.
dan sekarang saya tahu..."

"tahu apa?" saya menyampuk iba-tiba.
dia menarik nafas.
dia sudah tidak memandang saya lagi.

"saya tahu yang selama ni, hanya
saya seorang sahaja yang bertepuk sebelah
tangan dan terhegeh-hegeh dengan awak!
betul kan?" tekannya.

saya memejamkan mata.
menahan gegaran yang
tiba-tiba menyerang jantung ini.

arrghhh... itu adalah DUSTA!

"sampai hati awak cakap macam tu
kat saya," suara saya sudah kendur sambil
menelan air liur yang pahit,
dia tersengih dan saya tahu,
itu senyuman menyindir.

"awak cakap saya tak sampai hati?
habis tu, awak sampai hati laa
sangat ya buat saya macam ni??"

"bukan macam tu!" tegas saya.
"habis tu?"

saya terdiam lagi.
riak wajahnya sudah bertukar
corak kebosanan.

"beginilah..." dia bersuara
seolah-olah mahu mengakhiri
bicara kami.
"saya rasa..."

tiba-tiba...

"sayang... kenapa ni?"
satu suara agak nyaring mencelah.
kami berpaling serentak.
gulp!
air muka saya berubah.
dia juga begitu.

"sayang.... kenapa ni?"
ulangnya dengan suara yang
penuh lemak berkrim.

lantas empunya suara itu menghampiri kami.
saya memandangnya dari
atas hingga ke bawah.

mahu saya menafsirkannya?
berambut panjang.
blond. curly.
jeans hitam ikut bentuk kaki.
singlet.. of coz tak berlengan.
cardigan satin polkadot kaler purple / putih.
handbag bernama VL.
cheezy wedges 4 inci kaler merah.
Kate Upton ke ni??
fullstop!

'siapa dia ni?' hati saya menyoal.
diekori degupan bak gendang dipalu!

to be continued...

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

20 Your Words of Lo♥e

  1. siapa pulak yg muncul tu

    ReplyDelete
  2. Alahaiiii...sambung pulak ☺

    ReplyDelete
  3. tak aci tul lah ... saja nak suruh tggu next entry ni ... tak pe , sabar menanti ...

    ReplyDelete
  4. aah..teruja nak tau sambungannya,
    haha..
    saspen

    ReplyDelete
  5. siapa dia???
    ni yang tak boleh tidur malam nih..hehhe

    ReplyDelete
  6. haiyaaaaa.... tergantung plak crita ni...mmmmm

    ReplyDelete
  7. Siapa nya dia
    masih menunggu sambungan cerita nya :)

    ReplyDelete
  8. bagi tau akak nanti yew...heheh

    p/s..ok nti knor buatkan utk anies ye..hokaido

    ReplyDelete
  9. Kacau daun betulla..tengah piling piling nie..hihi

    ReplyDelete
  10. waa anies..ada bakat menulis ni, dalam romantik tu ada gak part kelakarnya, hihi..

    ReplyDelete
  11. panjangnyerr., mengah wak nk baca., UUhuu

    ReplyDelete
  12. Erkk suspens laa plak..

    Anies, Intense tuh publication Fauziah Ashaari..punya.. :)

    ReplyDelete
  13. lorrr ada sambung lagi upenyer.....

    ReplyDelete
  14. Uish siapa pula yang menegur tu??
    Nanti dah update habaq la ya..

    ReplyDelete
  15. update sambungan cepat ! suspens dh ni. hehehe

    ReplyDelete
  16. ala..tengah syok baca, bersambung plak..tak sabar tunggu update entry ni

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆