Kuih apam daun getah

10:14 am

...السلام عليكم


Pernah makan?
pernah tengok?
pernah buat?
(semuanya menggeleng)

anies pun 1st time tengok dan makan.
tu pun sebab jiran kat kampung beri sempena majlis kahwin anaknya.

teringin juga nak buat.
tapi mana la nak cekau daun getah kat tengah2 hutan batu KL ni...

anies tanya mama macam mana nak buat kuih ni.
katanya, resepi sama je macam buat kuih apam yang lain.
cuma acuannya je menggunakan daun getah.

resepi kuih apam simple klik di sini.

daun getah mestilah daun yang dah matang.
dilap (dibersihkan) dan dilayur sebentar (2-3 saat) di atas api.
(bertujuan untuk melembutkan daun)
kemudian dilipat pada hujung daun getah.
(seperti lipatan nasi lemak - betul ke ayat ni?)

kemudian tuangkan adunan kuih apam ke dalam daun secara menegak.
jangan sampai melimpah.
sebab adunan kuih apam ni kan akan menaik.
lebih kurang sesudu dua pun dah cukup.
lepas tu, lipat di bahagian satu lagi.
letakkan di atas pengukus - masak!

jangan bimbang.
kuih apam ni tak kan melekat pada daun getah seperti yang kita buat dalam acuan.

then boleh dihidang dengan kelapa parut.
atau dimakan begitu sahaja dengan air kopi.
perrghhh...
kena pulak dengan hujan lebat.
perrghh...
stim ko!

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

24 Your Words of Lo♥e

  1. Assalam...lama jugak tak singgah....mekasih ye sudi singgah...memang tak penah tengok pun walaupun org kampung...hehehehe...

    ReplyDelete
  2. Walaupun kerja dengan lembaga getah, tapi tak tahu lak daun getah boleh guna buat kuih. Hehe. Pokok getah banyak kat lgm sg buloh tu. Pegi la ambik sebelum kena tebang buat MRT. hehe

    ReplyDelete
  3. kalau saja bukan gambar pasti udah saya makan tu

    ReplyDelete
  4. cuma pernah buat tapai pulut berbungkus daun getah ja..kuih muih lain tak pernah tgk lagi dibalut dgn daun getah..

    ReplyDelete
  5. Baru tau nie ada Apam getah.. nampak cam sedap jerk.. :)

    ReplyDelete
  6. Uniknya. Memang geleng2 kepala sebab tak pernah tengok lagi apam daun getah ni Anies, cubalah buat Anies, pahtu bawa kat kelas ustaz Don, kecik tapak tangan, masjid Shah Alam ummi tadahkan, hehe.

    ReplyDelete
  7. makan tak pernah, tengok pun tak pernah

    ReplyDelete
  8. gimana tu rasanya mbak??
    pasti enak ya?

    ReplyDelete
  9. salam..

    pernah tengok
    dan
    pernah makan

    sedappppppp

    daun getah ni kalau kat Kelantan , guna untuk bungkus tapai pulut

    ReplyDelete
  10. tak pernah makan lagi.. nampak mcm sedap

    ReplyDelete
  11. senang je la kan??tak payah nak basuh2 acuan..kalau melekat kat acuan nih biasanya kena rendam dulu bila nak basuh..jadi banyak kerja pulak..

    ReplyDelete
  12. first time aiza dengar.. nampak sedap juga tu.. selalunya kalau daun getah kat kampung aiza orang buat balut tapai..

    ReplyDelete
  13. tak pernah jumpa dan tak tau pulak yg daun getah boleh buat acuan kuih.. one day, saya akan makan jugak kuih nih!

    ReplyDelete
  14. Akak suka kuih apam tapi tak pernah tgk guna acuan daun getah ni...

    ReplyDelete
  15. Uniknya ada daun getah..jika tiada bermkna apam talam jelh kn..

    ReplyDelete
  16. keluarga adik ipar kak anim (orang negeri sembilan) selalu buat kuih ni..
    sedap..

    ReplyDelete
  17. tapai daun getah pernahlah tengok, tapi apam daun getah tak pernah ku lihat..

    ReplyDelete
  18. daun getah tu.. pernah dengar :)

    ReplyDelete
  19. Aiyoo daun getah? Daun mangga banyak ler depan rumah area taman ni...hehe. Kdg kan Anies, bila takde mmg kita nak guna. Bila dah berlambak depan mata...haaa kau, tak larat nak mereka buat apa pun.
    Anies, kakpb busy utk sebulan dua ni. Pindah rumah faham2 ler. Email Anies nombor tel tak jumpa. bg email anies la ye.

    ReplyDelete
  20. sangat sangat unik. mesti kena pandai balut. ye la kan, daun getah tu kecik je.tak mcm daun pisang. kredit kepada pembuat kuih ini.

    ReplyDelete
  21. Kapan kapan boleh juga nih di kirimin kue apemnya...mizz hehe :)

    ReplyDelete
  22. erm xpernah tgk makanan ni.. jakun sikit

    ReplyDelete
  23. ini kali pertama tgk . dah lama tak mkn apam ...

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆