Dating @ Bukit Bintang, KL

11:51 am

...السلام عليكم

Ni cerita pada 1.1.2014 yang lepas.
oleh kerana tak mahu 'mati' kebosanan di dalam rumah,
maka kami pun plan untuk men'dating'kan diri ke sini.

kenapa ke Bukit Bintang?
sebab rasa macam dah berkurun tak ke sini.
lagi satu, kat sini kalau nak bershopping...
ada banyak pilihan.
cuma sediakan fulus je.

dan lagi, make sure kepala lutut tu mesti kuat dan ketat.
kalau rasa macam skru dah nak tercabut ke, longgar ke, parkinson ke...
better cari tempat lain la...
^_^

so destinasi pertama kami adalah...

Pavilion!
kalau dah datang ke sini, tak pijak Pavilion memang tak sah.
dengar khabar, Pavilion 2 akan dibina di Bukit Jalil.
ianya lebih besar daripada Pavilion yang sedia ada ni.
boleh baca ceritanya kat sini.

Pavilion yang masih lagi 'berbau' Krismas.
so bolehlah kalau nak layan feeling2 macam tengah bershopping sakan kat Harrods.
^_^

btw, anies ke Pavilion ni bukan sebab nak bershopping tapi sebab nak jumpa si Moon ni.
kenal tak dengan si Moon ni?
yeee haaa...
as one of LINE users, haruslah bertentangan mata dengan si Moon yang comel ni.

LINE Friends Pop-Up Store ni dibuka cuma sebulan sahaja.
dari 2.12.13 hingga 2.1.14 sahaja.
so, terasa rugilah kalau LINE user tak terjah ke pop-up store ni.

yeaahhh... dah sampai!
rasa nak melompat-lompat je dalam store ni...
well, apa yang ada di dalam store ni?



peminat toys yang comel-comel, kiut-miut... 
memang boleh rambang mata laa...
harga? ngeh ngeh ngeh...
boleh tahan juga laa...


sebelum balik, haruslah posing sekeping dua...
Domo dan Brown yang comel...

pastu merayau-rayau kat Tokyo Street pulak.
terasa macam dah sampai ke Jepun.
ekekeke...
macam2 ada kat sini.
directly brought from Japan.
ada satu kedai tu, jual payung2 comel.
bila tengok harganya...
RM120 untuk sekaki payung!
uh, tanjat boboi!

depan Tokyo Street, ada Daiso.
mmm... kalau dah masuk Daiso, memang tak sah kalau tak rembat sebarang dua.
sudu bibimbab dan love-shaped cup & saucer set yang comel...

keluar dari Pavilion, kami masuk ke Shepora.
kat sini cuma cuci mata je.
nak beli barang2 mekap pun, bukannya guna sangat.
last2 pakai bedak sejuk juga.
^_^

dari Shepora, kami masuk Star Hill.
yang ni pun, dah berkurun pat belas tak masuk.
dah banyak yang berubah.
kalau dulu, shop lot untuk barang2 branded banyak dibuka kat sini.
but since dah ada Pavilion, so Star Hill ni dah jadi macam kedai2 biasa.
oh, ya motif snap pic ni sebab dah terbekenan dengan 'almari' comel ni.
rasa macam nak angkat sebijik then letak kat rumah...eceh!

baru dua buah shopping mall, kaki dah terasa lenguh.
so lepak sekejap dalam Star Hill ni.
ada rasa macam kat Jerman la pulak!
^_^

keluar dari Star Hill, kami menyusur Bintang Walk.
kat sini pun dah banyak berubah.
restoran Planet Hollywood tu pun dah lama berkubur.
orang memang ramai masa ni terutama pelancong asing.

pastu, masuk Lot 10 pulak.
kat sini pun dah berkurun tak jejak.
konon2 nak cari MU Store.
bila tanya receptionist, dia kata "kedai tu dah tutup 5-6 tahun yang lepas, dik..."
ekekekeke.. you see?
betapa 'berlumutnya' tak jejak ke sini?
'sebagai kenangan' kat Lot 10, anies beli coconut candy.
RM10 sebungkus dan rasanya memang sedap.

dari Lot 10, kami menyeberang jalan untuk ke Sungei Wang.
hah, kalau dah datang ke Bukit Bintang, memang wajib meninggalkan jejak kasih kat sini.

tiada apa-apa perubahan dalam Sungei Wang ni.
trademark Sungei Wang - tangga unik masih kekal di situ.

dari Sungei Wang, terjah ke Plaza Low Yat.
alaa... belakang Sungei Wang je.
salah satu tempat wajib singgah juga ni.
(dah macam promoter syarikat pelancongan la pulak!)

dah masuk ke sini, maka bermulalah misi mencari handphone cover.
nak yang murah ke yang mahal?
yang cap lanun ke cap original?
semua ada.
tapi kena pandai pilih.
kena pandai tawar menawar.
dan lagi satu, kalau dah jumpa tu terus je beli.

dah penat berjalan.
dah penat merayau.
maka perut pun dah berdangdut raggae.
malas nak cari food court, kami terus je masuk kepsi ni.

lepas makan, ingat nak merayau kat Berjaya Times Square.
tapi kaki dah beri isyarat tak larat.
BB Plaza pun tak singgah.
next time la yek!

pergi balik kami naik monorail je.
sebab nak elak jammed.
faham2 je la KL ni kalau time cuti...

okey, tu je cerita di hari pertama di tahun baharu.
daaaa...

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

22 Your Words of Lo♥e

  1. Berkurun juga tk pergi...mkn angin yew..tk ajak punwmmm....

    ReplyDelete
  2. Aduyai, kalaulah ummi ikut Anies berjalan ni, rasanya boleh tercabut skru2 kat lutut ni, hehe..

    Shopping complex ni memang nostalgia betul, kiranya zaman ummi belajar kat UTM dulu2, Bukit Bintang dan Sungai Wang lah antara yan tersohor. Memang lama betul tak jejak kecuali Low Yatt,tu pun sebab ikut anak2 cari gajet.

    ReplyDelete
  3. shopping mall yg ada pon sy xsempat nk terjah.ni pulak nk bukak lg 1 pavillion.hah pengsannn.

    ReplyDelete
  4. pun dah berkurun tak ke BB ni...

    ReplyDelete
  5. acik tengok je gambar tu anies..tak pernah sampai pun..yang acik pernah pergi..sogo je

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. hahaha..ayat tak boleh blah.. boleh mati ke kalau tak keluar rumah?

    ni kira operasi menjelajah shopping complex ke ni? hahahaha

    ReplyDelete
  8. teringin nak bwk anak2 naik monorail..
    zmn masa belajaq dlu mmg dok naik, tp bila dh ada anak x pernah plak nk angkut naik..
    bebila terjah KL nak try la, bg try rasa.. :)
    DAISO, nureen pon suka terjah c2 :)

    ReplyDelete
  9. saya pun dah berkurun tak jejak lot 10

    ReplyDelete
  10. Dalam byk2 shopping kompleks tuh Pavillion akak tak jejak lagik..ades.. sabo je laa.. kena ajak abg ler ke situ nak cuci2 mata.. hehehe..

    ReplyDelete
  11. bestnyer dapat gi jejalan. awal tahun baru saya bertapa je kat opis tu.. huhu.. takde life dibuatnyer.. keje tak sudah2...

    ReplyDelete
  12. SAKAN SHOPPING ANNIES..SEMUA NK DIANGKUT YA...LAMA JUGA XSAMPAI KESINI MAKLUM LUTUT PUN DH LONGGAR SKRUNYA..

    ReplyDelete
  13. rasanya dan 18 tahun tak p sana sejak pindah balik tepeng ni..klu pi sana mesti nampak macam jakun jer..hehe

    ReplyDelete
  14. Berjalan sakan ni.heehee..sya ada pg sini thn lpas..sgt sesak..smpai rasa nk pitam2..hehe..pavilion je x smpat pegi..huhu..sedih ok..

    ReplyDelete
  15. dah lama tak pergi ke sana.. selalu kalau aiza pergi pun cuci mata je..

    ReplyDelete
  16. Plg suka g pavilion..tp bkn utk shopping tp utk solat..sbb surau dia comfy sgt..hehe ;)

    ReplyDelete
  17. Lama dah tak pergi BB ni. Macam menggamit kenangan nak pergi je ni.

    ReplyDelete
  18. Aksk kafang hari jumaat ader gak buat penjelajahan kat sini...saja cari sesak kat sini...akak selalu h&m cari baju untuk adik &abang

    ReplyDelete
  19. Akak mmng suka area BB..syok cuci mata dan cuci poket..hihihi..

    ReplyDelete
  20. dh berkurun tak merayau ke tempat2 ni.. lindunyaaa

    ReplyDelete
  21. Tak ingat samada pernah gi Bukit Bintang ke idak. Lalu je kott..tak turun kete. Almaklumlah jem kan..
    Hehe..fulus kene mantop kalau nak shopping.
    # Tengah kering ni.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆