Ucu's wedding vol. 3 : preparation & reception

5:30 am

...السلام عليكم

AUTO PUBLISHED!

sambungan daripada vol. 1, vol. 2.

balik je dari rumah pengantin perempuan, kami terus sinsing lengan.
banyak woo kerja2 nak buat.
walaupun kami guna khidmat catering, tapi extra lauk-pauk kenalah kami sediakan.
manalah tahu, tetiba jemputan datang melebihi jangkaan...
hah, mana kami nak cekau lauk-pauk?




pada asalnya, kami memang nak buat kenduri di rumah je.
tapi bila tengok space / halaman rumah yang semakin mengecil, maka mahu tak mahu kenduri kali ni haruslah dibuat kat dewan.
bila dah buat kat dewan, maka secara automatik kenalah tempah catering.

btw, banyak juga gambar yang nak di share kat sini.
tapi entah kenapa, tetiba si gigi biru gagal berfungsi.
puas godek2, tetap tak jalan.
so, layan kan je lah ya apa yang ada ni...
sob sob sob...

ni benda yang paling wajib untuk berkat.
rebus telur sampai berpinau2 bijik mata kena asap.
bukan 100 tapi 1000 biji.
mengelupas tapak tangan.
dah hampir serupa macam ular sawa salin kulit.

telur akan dibungkus dalam 'ketupat'.
jenuh woo nak menganyam ketupat sampai 1000 biji.
nak masukkan dalam ketupat tu pun satu hal.

bubur pulut hitam.
antara hidangan untuk mereka yang datang menolong pada petang tu.
yang putih tu, santan masin.
kami panggil 'murai' or 'tahi burung'.
jangan tanya anies ya kenapa dipanggil sedemikian.

pada hari kejadian...
berkat untuk tetamu.

untuk memeriahkan majlis, kami menjemput kumpulan qasidah.
pelbagai qasidah, selawat dan nasyid dipersembahkan selama hampir 3 jam.
dan paling best tentulah ketika diorang mempersembahkan Ya Badrotim dan Ya Hanana.
tetamu yang datang berebut2 dok rakam video.

kalau ada sesiapa yang berminat nak jemput diorang untuk menyerikan majlis kahwin ke, majlis hari jadi ke, kenduri kesyukuran ke, etc bolehlah roger2 kat anies.
sebab ketua kumpulan ni ialah saudara anies.
dan bayarannya sangat2 berpatutan.


contoh qasidah yang mereka persembahkan.
(untuk mereka yang belum pernah dengar)


masa ni jemputan belum ramai lagi.
tema majlis?
tak ada tema.
kami lanyak je warna apa yang berkenan kat mata ni. ;-)

dalam pukul 11.30am - 12.30.
kemuncak di mana jemputan mulai serbu dewan.
memang tak menang tangan kami masa ni.
time ni la baru berkesempatan jumpa saudara mara yang mana tak sempat jumpa masa raya tempohari.
dan masa tu la anies baru terfikir...
"ya Allah... ramai jugak rupa2nya kroni2 aku ni yek!"


pengantin sampai tepat pukul 12 tengah hari.
elok sesangat la tu sebab time tu memang orang tengah ramai.

budak ticit dua orang ni, kalau tak menyempel memang tak sah.

"umi, ucu nak kawen dengan sapa?"
"ucu nak kawen dengan makwe dia la..."
"makwe dia tu sapa?"
"makwe dia tu pompuan..."
"ooo..."

di akhir majlis...
turn kami sefamily pulak mengisi 'minyak'.
penat wooo...
tapi berbaloi sebab makanan sedap dan habis.
pastu, rasa2nya semua yang dijemput, datang dan siap bawa kroni2.
overall, kami sangat2 berpuas hati...
terima kasih kepada yang hadir.
dan minta maaf kerana anies tak menghulurkan jemputan kepada yu ols..
happy 7th birthday to Thaqif a.k.a sonjol... masa cik amat kawen, ko masih dalam perut. la ni masa ucu kawen ko dah berlari... how time flies...

Kisah Silam Untuk Masa Depan

36 Words of Lo♥e

  1. Kaler tema caca marba ada aku kesahh...hehehee...

    Alahamdulillah...semoga penganting berbahagia sehingga hujung nyawa.

    ReplyDelete
  2. Wah meriahnyaaa kendurii.. Suka kat rebus telurrr... Ros ari tu nk kawen , nak jugak rasa rebus telurrr :)

    ReplyDelete
  3. Waa tengok n3 ni memang terasa meriahnya Anies.
    Dan yang best ada persembahan Ya Badrotim dan Ya Hanana tu, pernah dengar kat TV dan Live juga, menusuk Qalbu.

    ReplyDelete
  4. Memang best time kenduri panggil qasidah ni. Dapat pulak dengar Ya Hanana tu. Layan.

    ReplyDelete
  5. meriah sungguh..anies antara org kuatnya lah..ada bakat..

    tunggu turn tuan blog plk..kehkekh..gelak pesen apa ni..?

    ReplyDelete
  6. banyak telur yang nak direbus tu..

    ReplyDelete
  7. seronok berrewang ramai2 mcm ni. Mestia ada yg demam kepenatan lepas habis kenduri kawin kan...

    ReplyDelete
  8. meriah majlisnya anies.piring bekas bubur pulut tu dah antik..susah nak jumpa lagi dah..

    ReplyDelete
  9. semoga jodohnya berkekalan hingga ke Jannah..

    ReplyDelete
  10. meriah... wow telur sampai 1000 biji jenuh la nak merebus. memang tau cam na susahnya nak rebus telur ni. nak kena jaga takut pecah bagai..


    ha.. sempoi la tu pengantin datang kul 12.00 time tengah lapar. sambil makan sambil tengok pengantin. hahahaha

    ReplyDelete
  11. meriah.nampak unik gambar rebus telur tu.

    ReplyDelete
  12. meriah sungguh majlisnyer anis.. tpi tkpe nak bekerjasama macam ni !

    ReplyDelete
  13. 1000 biji telur?adoiii..memang lenguh la...:P

    sedap betulla bubur kacang hitam tu...lama tak pekena...Unik tu ada qasidah kat kenduri kawin

    ReplyDelete
  14. seronoknya kenduri kawen..kalau pi kenduri orang pun best ni kan pulak kenduri sendiri

    ReplyDelete
  15. Wah meriah sekali ya acara wedding nya. Pasti sangat berkesan bagi kedua pasangan tersebut. Selamat menempuh hidup baru ya :)

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah lega semua dh selesai..fuhh tp lega kan :)

    ReplyDelete
  17. nak telur rebus pengantin...sedap wo kalau buat sambal telur :)

    ReplyDelete
  18. ingatkan Anies yang kahwin.....hehehe

    ReplyDelete
  19. meriah dan besar-besaran gak majlisnya ya... buat majlis kenduri ni mmg seronok, tp bab nak kenduri-kendara dan bab mengemas brg periuk belangan yg letih sikit tu... hihihi...

    ReplyDelete
  20. wah meriahnyeeee tengok gambar pun dah rasa kemeriahaannye huhu.. neway macam berminat dgn kump qasidah tu tp cmne nak contact anies? nt add kat fb bule? hee

    ReplyDelete
  21. kelihatan sangat meriah majlis tuh...

    ReplyDelete
  22. kenapa rebus telur x letak dlm pastik/bakul.. habis telur pecah..

    ReplyDelete
  23. meriahnya....yg tak tahan bila tengok bubur tu....pasti sedap nie....

    ReplyDelete
  24. MJ paling suka boh telur dalam bekas telur or bunga telur...
    Heaven je rasa ;)

    Lg 1 masuk dlm goodies bag, memang best :D

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah...selesai sudah...

    ReplyDelete
  26. sungguh tradisional cara telur tu dibungkus dgn etupat..mmg dh x jumpa zaman skarang.smuanyer guna bekas telur y dijual.. ketupat tu mmg buat sendiri jugak ye..?? mujur still ada otai2 y pntai anyam ketupat.

    selamat pgantin baru buat ucu n pasangan

    ReplyDelete
  27. salam singgah...akak tak sempat lah nk pergi event ana muslim kat ktn baru2 ni.

    ReplyDelete
  28. time kenduri kawen camnilah baru berpeluang main telor sampai mengelupas tangan kan anis..hehe

    rindu nya bila teringatkan suasana gotong royong kerja kawen..

    ReplyDelete
  29. meriah sgt...
    keja byk jd cpt kan :)
    gotong royong g2

    ReplyDelete
  30. seronoknyer dapat pi kenduri..teringin makan daging gulai...tetibe...siap ader qasidah tu yang best tu...
    telan ailio nengok bubur pulut itam tu sedapnyer...

    ReplyDelete
  31. Seronok gotong royong ramai2 sama2 rewang ginikan.. meriah..gitu..

    ReplyDelete
  32. susah nak dapat telur rebus bawa balik anies..
    kak kalau dapat pun berebut dengan 2 abdul..
    depa bantai hak putih, kak dapat tang kuning je;-)) huhu
    p.s la orang suka bagi gula2 je kan

    ReplyDelete
  33. meriahnya kenduri . mesti besarr bajetnya........kenduri hari ni, mcm tulah.
    selamat pengantin baru

    ReplyDelete
  34. memang meriah.. meriah... semoga kekal selamanyer.
    akak nak tunggu aniesnyer jemputanjerni...

    ReplyDelete
  35. kelebihan buat majlis kat dewan ni , pengantin x la susa payah kena cuci periuk belanga ... heheheee

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆