Ustaz Sharhan in da house!!

6:00 am

...السلام عليكم

Selepas ustaz Fauzi 'mencemar duli' ke Ana Muslim (AM) pada bulan Mac yang lalu (ceritanya ada di sini), semalam giliran ustaz Sharhan Safie pula hadir ke AM buat kali pertama.
bagi mereka yang mengikuti rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 atau Expose Mistik di Astro Prima, pasti sudah mengenali ustaz Sharhan ni.
bagi yang tidak mengenali, ustaz Sharhan merupakan seorang pengamal perubatan Islam bertauliah dan juga seorang pendakwah.

so, sukacitanya anies nak berkongsi dengan yu ols beberapa intipati tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Sharhan.
mudah-mudahan kita beroleh manfaat daripada ilmu yang beliau sampaikan ini.
Insya-Allah.
tanda2 apabila seseorang itu diganggu jin / disihir / disantau ketika tidur
1. sukar untuk melelapkan mata di waktu malam
2. tidur tetapi gigi kerap berlaga
3. bermimpi berada di kawasan perkuburan
4. bermimpi berada di kawasan yang kotor
5. bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi
6. bermimpi dikejar haiwan / lembaga
7. bermimpi dipatuk atau dibelit oleh ular (ini bermaksud sihir sudah meresap ke dalam tubuh)
8. bermipikan budak kecil / bayi seperti sedang mendukung / menyusu / meriba mereka
9. bermimmpi orang yang sudah meninggal dunia dan orang itu memberi sesuatu kepada kita
10. bermimpi benda yang tajam seperti paku, jarum termasuklah senjata api seperti pistol, senapang dan sebagainya (ini bermakna seseorang sudah terkena santau)
11. berasa diri ditindih / dihempap oleh sesuatu
12. bercakap / berjalan ketika tidur (mengigau)
13. bermimpi sedang terbang ke tempat yang tinggi
14. bermimpi tentang salib / gereja
15. mimpi sedang berkelahi / bergusti (sekiranya lawan berkelahi / bergusti itu menang, maka hendaklah berhati2)
16. bermimpikan haiwan berbisa (lipan, kala jengking, ular etc.)
17. mimpi tentang lembaga tertentu
18. mimpi tentang seseorang memberi amaran / mengarah sesuatu
19. bermimpi tentang najis
tanda2 apabila seseorang itu diganggu jin / disihir / disantau ketika berjaga
1. pergi ke hospital / klinik tetapi doktor tidak dapat mengesan apa2 penyakit
2. berdebar tanpa sebab
3. lenguh sendi2 utama
4. migrain keterlaluan
5. apabila bangun tidur, terdapat lebam atau kesan cakar pada tubuh
6. sentiasa ternampak kelibat seseorang
7. mudah marah / cepat melenting / sensitif
8. kerap mengalami sakit pada tulang belakang
9. kedatangan haid / nifas tidak menentu / tidak berhenti
10. rasa sakit pada tubuh tetapi kerap beralih tempat (sekejap sakit lutut, sekejap lagi sakit kepala)
membina benteng pertahanan diri 
1. baca surah Hud ayat 57
2. tarik nafas
3. letakkan tangan di dada
4. niat
ikhtiar sendiri (ingin mengetahui sama ada diri bebas daripada hal2 sedemikian)
1. baca surah al-Fatihah
2. baca surah an-Nahl ayat 78
3. baca surah Hud ayat 57
4. selawat tiga kali
5. niat (untuk menyembuhkan sakit / menghindari penyakit)
6. tiup ke atas segelas air.
pastikan setiap bacaan ayat al-Quran yang dibaca hendaklah mengikut sebutan / makhraj / tajwid yang betul. inilah yang membezakan sesuatu penyembuhan itu benar2 sampai ke matlamatnya atau sebaliknya. (baca dengan penuh tertib dan tartil)
:: sekiranya selepas minum air tersebut dan mendapat tanda2 seperti yang disebutkan di atas, dinasihati bertemulah mana2 pakar perubatan Islam.
ini kerana, berkemungkinan diri kita diganggu / disihir / disantau etc.

ustaz Sharhan boleh dihubungi menerusi:
FB - klik di sini.
web site - klik di sini.
017-290 7595
012-677 8139
Pejabat Urusan Sinar Zamdurrani,
No. 12 Tgkt 1 Jln Dataran Velodrom,
Cheras Bandar Tun Razak
56000 KL

wallahu 'alam.

Ustaz Sharhan sedang menyampaikan tazkirah.
sorry ye..
gambar kelabu asap je...

antara buku yang dibawa oleh Ustaz Sharhan ke AM.

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

36 Your Words of Lo♥e

  1. waaa... satu tips bagus ni. moga dielak dr setan jin

    ReplyDelete
  2. semoga kita semua dilindungi dari gangguan jin dan syaitan

    ReplyDelete
  3. Terima kasih anies,berguna ni bila masa diperlukan..moga jauhkan kita semua tu dr gangguan jin dan syaitan..

    ReplyDelete
  4. kebelakangan ni lya kerap mimpi y no 10 tu?? eyyhhh.. btl ke ni??? 2x mimpi.. last week, mimpi org acu pistol n kna tembak.. lya nangis..

    n beberapa hari lps.. org y sama.. acu pisau, n tikam lya..

    ermm... camner??

    ReplyDelete
  5. Semoga di jauhkan benda-benda yang tak elok tu.

    ReplyDelete
  6. pernah bawa mak berjumpa ustaz sharhan di cheras.. bersama kita mengamalkan benteng pertahanan diri seperti perkongsian anies ini..

    ReplyDelete
  7. moga kita dijauhi...
    tq anies...

    ReplyDelete
  8. Moga kita dilindungi dari gangguan jin dan syaitan ni...tq share yer anies...

    ReplyDelete
  9. rasa macam pernah alami je tanda2 tu..semoga kita semua dilindungi dari benda2 tak baik nih..mekasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  10. perkongsian yang berguna...tq Anies!!

    ReplyDelete
  11. thanks anies kongsi...seram sejuk pulak baca...mudah-mudahan kita dijauhkan

    ReplyDelete
  12. Salam Anies..terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna ini.

    ReplyDelete
  13. thanks for sharing dear...

    hubby suka mimi baby.. then suruh akak pregnant lagi. eeee x suka tau..

    ReplyDelete
  14. pernah tengok rancangantu.. memang bergunakan.. kita tak taukan tapi kena ambil tahu...

    ReplyDelete
  15. Banyak pahala Anies dpt berkongsi ilmu kat sini. Kakpb pun amalkan ayat 57 tu, mak mertua suruh amalkan. Sebelum kahwin dulu, selalu mimpi terbang tinggi, kena tindih dll. Skrg takde dah..hehe..agaknya amalan dulu kurang.

    ReplyDelete
  16. terima kasih sudi berkongsi... info berguna ni.. :)

    ReplyDelete
  17. sayang ...

    baru sempat baca kamu di blOg tentangboolan.blogspot ... terus laju2 bukak blOg kamu ...

    wOw ... blOg kamu bes ! dgn header yg cute sgt ...

    happy blOgging dear :)

    ReplyDelete
  18. kak pun suka lihat ustaz sharhan (di tv sajalah)..
    banyak doa dari quran yang dikongsi yg boleh diamalkan

    ReplyDelete
  19. bagus tips ni babe, terus je i print dan tampal dekat rumah depan cermin solek. sambil bersolek sambil baca hari bagi sampai ingat, i ni pelupa lebih hiksss

    ReplyDelete
  20. memang tips yang berguna..thanks sebab share info macam ni ye.. =)

    ReplyDelete
  21. terima kasih di atas perkongsian anies.. dulu kt asrama prnah kena tindah. skrg alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  22. nice sharing anies...

    semoga kita semua dijauhi perkara2 mcm ni...nauzubillah...

    ReplyDelete
  23. terima kasih anis atas perkongsian yang berguna ini..

    ReplyDelete
  24. ust ni pandai melawak...dulu kat tv9 dia ada cerita pasal gangguan sihir ni...yg akak igt..kalau isteri2 bgn tido..ada tanda2 lebam tu..jgn terus igt terkena sihir..tp tanya pada suami dulu hehe

    ReplyDelete
  25. Terima kasih seba kongsi ilmu dari Ustaz Sharhan ni...sangat sangat berguna...

    ReplyDelete
  26. wah betul2 nice sharing dear :)
    thx ya

    ReplyDelete
  27. Owhhhh ustaz ni... kenal le, kat tv 9 pun pagi2 ada juga slot dia, tanyalah ustaz kot, tp tukar2 le dgn ustaz2 lain...,
    Anak akak langgan aulad pd cikgu taski abim dia, ana muslim x da le plak.,. Bagus juga sbb anak akak lebih mahir membaca dan cikgu dia pun gunakan majalah dalam kelas....

    ReplyDelete
  28. TQ sharing..

    Klau myra kdg2 mimpi jatuh bngunan tinggi, tp tu sblm kawen..

    Yg asben plak mmg dok nmpk masa brjaga part no 1 dan 2.. Nauzubillah

    ReplyDelete
  29. semua tu akak pernah alami.
    tak tau nak wat cam ne, baca pengadang tujuh tiap tiap malam.

    ReplyDelete
  30. perkongsian yg sgt baik anies..moga dapat membantu yg berkenaan..moga kita semua dijauhkan drpd serangan sihir..

    ReplyDelete
  31. Yang dalam tdur tu bnyk senarai yang pernah kena. tp xtau lak kna sihir ke..ape..ingtkan mimpi biase je..good info. nak bookmark entri nih,,hehe..senang2 boleh baca lagi!

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆