I was there : Penang #4

10:23 am

...السلام عليكم

Sambungan daripada part #1, #2, #3.

okey, okey...
ini akujanji.
part yang paling last.
pasni da tak ada lagi.
tobat daa...
^_^

penat juga bila buat entry yang serupa telenovela Venezuela ni.
nak cari gambar satu hal.
nak karang cerita pun satu hal.

so anies rangkumkan sekali gus ya sayang...

masa ni tengah buat klip video untuk lagu Memori Daun Pisang.
okey... tipu!

dari Bukit bendera, kami terus ke Taman Botani.
sebenarnya ada misi kami ke sini.
nak mengimbau semula kenangan bersama arwah mak cik.
arwah makcik pernah bawa anies ke sini dulu.
tapi sayangnya, tempat2 tersebut dah jadi semak samun dalam taman ni.
so sad...

(sangat suka dengan ini gambar)
keluar je dari taman Botani, hujan pun turun mencurah2 sampai tak nampak jalan.
nak ke rumah P.Ramlee ni pun sampai sesat barat.
tu la padahnya pakai GPS.
ekekeke...
masa sampai kat sini, hujan pun dah reda sikit.
so kami pun lepak2 baring2 kat dalam rumah antik lagi bersejarah ni.
bila dah berkira2 nak lelapkan mata je, kami terus bangkit sebab perut dah berkeroncong.

dari rumah P. Ramlee, terus ke Batu Maung.
sebelum ke sini cari kedai makan dulu.
tapi sikit punya payah, tak tahulah kenapa.
lepas makan, kami terus ke sini.
walaupun renyai2, kami redah je semata2 nak rasa macam mana la bila kapal terbang dok lalu atas kepala macam dalam klip video U2 ni (minit 2:47)
ekekeke...
bila kapal terbang mendarat, apa lagi...
sawan la sekejap kami kat situ.
orang yang lalu lalang dok perati je...


dari Batu Maung, kami terus ke terminal feri.
first time naik feri pada waktu malam.
masa ni badan dah rasa tak sedap je.
maklum je la dah kena hujan.
dapat je bantal dan katil, terus zzzzz....

hari terakhir kat Penang, pagi tu tak sarapan sebab badan dah rasa macam nak demam.
so bangun pun lambat.
terus je kami lunch kat sebuah resto yang agak pemes depan UiTM Permatang Pauh.
lupa nama resto tu.
lepas tu jalan2 kat Juru Auto City.
oleh sebab dah tak de destinasi nak pergi lagi, kami singgah kat R&R Bagan Ajam ni untuk solat.
tengok tu...
muka naik legam dek kepanasan.

sebelum bertolak balik, dah datang ke Penang ni wajib la makan mi udang Sungai Dua.
perrghhh... makan dalam hujan lebat.
memang tak pandang da kiri kanan.

okey... tu je cerita cuti2 malaysia anies kat Penang.
insya-Allah, kalau datang lagi nanti, anies akan roger2 blogger2 Penang ni.

tapi sebelum tu, yu ols kenalah masak yang sedap2 tau!
and bentangkan karpet merah sekali.
kalau tak de, ai ols tak mo singgah.
(demand u!)
^_^

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

20 Your Words of Lo♥e

  1. Habis sudah kisah Penang. Saya je yang tertangguh. Hehe

    ReplyDelete
  2. Lepas ni nak jalan2 mana pulak Anies?

    ReplyDelete
  3. Banyak kali kakcik ke Penang, tapi belum pernah rasa mee udang Sg. Dua tu... :)

    ReplyDelete
  4. syoknya naik feri anies..
    mee udang nampak bestlah...

    ReplyDelete
  5. Taman Botani tu banyak monyet..takut akak. sampai serik nak pi..pegi dulu dengan hati yang tak tenang je sebab takut monyet..hahah

    ReplyDelete
  6. jemput datang rumah.... ada kuih dalam balang. heehehe

    ReplyDelete
  7. waa bestnyer,,lawo gambo memori daun pisang tu...meleleh nengok mee udang sungai dua tu....

    ReplyDelete
  8. Anies ummi pun baru balik dari Penang ni, tapi tak dapat jalan2 macam Anies tu,jalan sikit je. Mee udang sungai dua tu pun tak sempat nak pekena, buat ummi terliur je, hehe..

    ReplyDelete
  9. awat tak singgah nasi kandar kayu dah sampai penang...heee

    pekena tosai dia yg tinggi cam KLCC tu!!

    ReplyDelete
  10. tak pegi Teluk Tempoyak, sana makan best...seafood fresh punya

    ReplyDelete
  11. dalam rumah P.Ramlee bukan ke 'tidak dibenarkan mengambil gambar"..??hehe...

    ReplyDelete
  12. wah dah part 4 da ekh.. hee.. neway mi udang tu nmpk sgt menarik huhu

    ReplyDelete
  13. akak dr dulu mmg suka ke Penang..maklum sebelum pindah Perak,akak dok dekat 10 thn di penang area UiTM pmtang pauh tu.Makanan kat penang semua sedap2.Tengok gmbar2 ni buat akak terasa nk ke Penang la cuti nnt

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Anies

    wow bestnya....bila nak mai lg Penang?

    p/s:Rumah yg saya iklankan dulu dah ada pembeli.

    ReplyDelete
  15. hohohohoho!!!!mee udang tu...menariknya!!!!!!

    ReplyDelete
  16. eh anies.. kamu kat bt maung kat pagar tengok kapal tobang tu kan. jeling je leh nampak umah akak tau.

    nape tak roger idak leh le jumpa jumpi.

    ReplyDelete
  17. mesti bestkan jalan sana sini.. haa. kg nina kt airport tu lah. memang selalu tgk kapal terbang.

    anies makan kt De Pauh garden dgn mee udang sg 2..wahhh faveret tu! haha

    p/s: wajib datang penang lg skali kena roger nina :)

    ReplyDelete
  18. pernah g penang dlm 10 tahun lepas...
    itupun family day office
    ntah bila nk jejak kaki ke situ..

    ReplyDelete
  19. Takdak maslaah.. yg penting roger.. :)

    Apa dehal, kedai melambak..hehee

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆