Ana Muslim's Aidilfitri 1434H open house

5:30 am

...السلام عليكم

Kadang2 terasa rindu nak berblog macam sebelum ni.
pastu, blogwalking sampai kematu jari jemari.

la ni, bila nak update...
dalam kepala dah set apa nak tulis.
tapi cecah je keyboard, terus blank!

lagi satu kekangan masa ye pun.
ada kala, tak sempat nak online, kerja dah memanggil.

tapi apapun, insya-Allah anies akan cuba juga men'skodeng' blog yu ols satu per satu...
kalau tak petang ni, malam nanti okey!
kalau tak malam, mungkin esok lusa.
selagi bernafas.
dan minta maaf bebanyak khusus kepada mereka yang dah berkunjung balas ke blog ni tapi anies masih belum singgah lagi ke blog mereka.

berbalik kepada title.
ni cerita last week punya.
sama macam sebelum ni, OH ni cuma kecil-kecilan je.
kami tak menjemput orang ramai.
jemputan pun terdiri daripada family staf, suppliers, distributors, penulis dan jiran2 AM.
so, harap2 tak tersentaplah ya siapa2 yang duduk kat area berdekatan AM tapi anies tak hulurkan jemputan.

one more thing, gambar terlalu banyak untuk dipilih.
so layankan je la yek apa yang ada ni!

dari dulu sampai la sekarang.
memang tak ada orang lain da..
asyik2 muka yang sama.
pastu, yang lain2 tu memang tak ada hati langsung nak buat rampasan kuasa ke, menggulingkan pemerintah ke, sabotaj ke...
semuanya redha je...

sehari sebelum majlis...
buat tisu nanas untuk deko meja.
err... ada sesiapa nak tempah?
ehem...

pemandangan biasa bila ada majlis kat opis ni.
bergotong-royong untuk menyediakan menu.

seronok bila buat kerja ramai2 gini...
3-4 jam, semua kerja dah selesai.
syukur dapat staf yang ringan tulang macam ni.
*puji melangit*

deko yang simple.
memanfaatkan ruang dewan yang ada.
tu pun pening juga nak me'layout' susun atur dewan ni.
banyak benda kena ambil kira.
bukan main hentam kromo je...

beberapa jam sebelum kejadian.
upacara memecah tabung.
eh, bukan!
tokek buluh lemang laa...

eh, eh!
nak bawa lari ke mana periuk tu??

eh, ni nak nikah kali ke 2 ke Bil?
ko jangan... 
mahu dihambat si Mas tu nanti... ;-)

budak ticit a.k.a future kak long yang sentiasa buat kitorang rasa nak geget jer...
pssttt... nenda budak ticit ni comel tak??

okey...
1, 2, 3...
smile goat..

menu of the day:
soto, nasi impit, sate, roti jala, kari ayam, rendang daging, gulai kambing, lemang, rojak buah, spagetti Bolognese, sirap bandung, honeydew shake, tembikai


sebelum majlis bermula, wajib dengar taklimat dulu walaupun perut dah kruk kruk...

kami belasah dulu yek sebelum diserbu tetamu...

lepas makan, sesi bergambar.
tiap kali ada majlis sebegini, bergambar beramai2 dah jadi macam satu protokol.
(klik gambar untuk tumbesaran yang sihat)

wakil dari PTS.
antara tetamu yang sudi hadir...

nama pun tuan rumah kan...
so serba serbi kena buat termasuklah 'top up' makanan...

take a break.
time solat jumaat, tetamu tak ramai.
so amik kesempatan untuk merenggangkan otot2 dan sendi2 dengan posing ntahhapahapa...

antara yang hadir...
jiran2 AM.

last but not least...
masa 1st raya tu kan tak dapat nak tayang2, posing2, gedik2, vogi the vass plus bajet lawa...
so yu ols bukak la mata besau2 and tatap la pic budak poyo tak hengat ni.
 comel tak kak ton?? 
huk huk huk...
tersedak la pulak!
^_^

pic: credit hendri helmi & hariz

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

36 Your Words of Lo♥e

  1. bila ada majlis..masak2 secara gotong rayong macam ni lagi seronok kan anies

    ReplyDelete
  2. vahhh mcm mana buat tisu nenas tu..mcm menarik je.ana muslim ni company ke?

    ReplyDelete
  3. bestnya!!, banyak makanan tu.

    Hehe..Kak Ton memang manis orangnya, masuk dengan kaler baju pink tu Anies, nampak ayu.

    ReplyDelete
  4. bestnya!!, banyak makanan tu.

    Hehe..Kak Ton memang manis orangnya, masuk dengan kaler baju pink tu Anies, nampak ayu.

    ReplyDelete
  5. kiranya anies ni orang kuat juga ha..ha..
    seronok dan meriah...semangat kerjasama tuh penting...

    manislah tuan blog ni...

    ReplyDelete
  6. akak pun sama jrg2 update,byk kerja n kdg2 malas2 sikit tgk blog .best tgk gtg royong mcm tu.opis akak pun ada buat gak masa raya ritu.amboi lawa baju dia..suka pink lembut camtu

    ReplyDelete
  7. amboi meriahnya open house uollssss...

    cantik kaler baju ko noks..

    ReplyDelete
  8. Waah bestnyaa tgk menu makanaan..

    Amboi Anies.. posing ngan baju yg cantik tuh.. :)

    ReplyDelete
  9. banyaknya makanan tu...

    anies cantik la baju tu..suka kakain tengok nnpk ayu jer...

    ReplyDelete
  10. wahhhh meriah sgt..
    klau dkt nureen pon nk terjah hehe :)

    ReplyDelete
  11. cantik baju like2 pink..manis je..pembaca tak jemput ye...tak nak beli dah buku ana muslim..boikot terus..kui..kui..

    ReplyDelete
  12. tergoda dengan nama-nama makanan yang diberi tu anies...

    p.s comel si gadis berdarah manis, hee

    ReplyDelete
  13. Anies ni owner AM ke? Meriah jugakkan majlis open house tu.

    ReplyDelete
  14. meriah betul tu, makanan sedap2 lagi, tuan tanah pun kemain vogue gitu hehehe terbaik !

    ReplyDelete
  15. seronok sesangatler korangnyer jamuan... anak akak suka beno ngan ana muslim kalau der xtvt kat sana khabar2kan yerk anies...

    ReplyDelete
  16. waa bestnyer ader jamuan...eh akak betul terlio nengok lemang fav akak tu...*telan ailio*

    ReplyDelete
  17. Wahhh kretipnya buat tisu neneas :)


    Cantik baju :D

    ReplyDelete
  18. bnyk nye makanan.
    Anies, anak akak suka sgt barang anamuslim, bole ke kalau nk mtk tlg anies belikan?

    ReplyDelete
  19. HIHIHIHI.. BGSNYA MASAK² KAT OPIS MASA JAMUAN RAYA, LG MERIAH.. MASAK RAMAI²LAH KIRANYA NI .. X PYH BUAT KERJA OPIS

    ReplyDelete
  20. pandainya wat tisu nenas. kalau akak le , letak je sebiji nenas kat situ. muahahaha...


    wah best tu siap menu tu diberi nama. terbaik!!

    ReplyDelete
  21. bila dah ramai-ramai macam tuh sure meriah kan...

    ReplyDelete
  22. seronoknya masak gotong-royong macam ni.. tisu nanas tu nampak comel.. :D

    ReplyDelete
  23. sama la ngan wawa...sekarang ni bz sikit...dapat jenguk blog kawan2 pun time malam...siang memang tak menyempat dah

    meriahnya raya...menu pun best...sedap :)

    ReplyDelete
  24. aniessssssssssss............nenda dia ke tu??????????biar betullll????mudanyaaaaaa!!!!

    ReplyDelete
  25. wahhhh comeynya deko2...hee tp budk kecik baju hijau omey angatttt hhe

    ReplyDelete
  26. wow..roti jala ada jugak? Pndainye Anies buat tisu nenas tuh.

    ReplyDelete
  27. As salam Anies,

    Ajar akak buat tisu nenas tu boleh? Menariklah! :)))

    ReplyDelete
  28. salam Anies..wow..meriahnya raya..

    ReplyDelete
  29. lawa ayu la budak poyo tak hengat tu...smile goat gitu :)

    baju hang lawa babe

    ReplyDelete
  30. uishhh bestnye...makan besar huhu~

    ReplyDelete
  31. ok suke sgt pic yang last..sekali... cOmeeellll :)

    ReplyDelete
  32. seronoknya wat makan gotong royong macam ni. makanan pun pelbagai... terbaik! konfem bila makan, kenyang sampai esok ni. hihi.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆