Dome / Lailatul qadar

5:30 am

...السلام عليكم

"Lepas basuh pinggan ni, ikut abah gi masjid," arah abah kepadaku.

emak yang sedang berdiri di sebelahku cuma mengangguk.
maksud anggukan itu adalah, aku kena ikut abah ke masjid untuk solat subuh dan jangan melawan kata-katanya.

jadinya, niat asalku untuk menarik gebar dan memeluk bantal busukku selepas bersahur tidak kesampaian.

5 minit sebelum azan, aku membonceng motorsikal abah tanpa helmet.
kami hanya berkopiah.
lagipun, jarak masjid dan rumah aku cuma beberapa meter sahaja.

tiba-tiba aku berasa sedikit ganjil.
dalam cahaya yang suram di kala itu, aku ternampak kubah masjid berada di atas tanah!
bukan berada di atas bumbung, seperti kebiasaan.
eh, apakah??

abah pula seperti tidak nampak 'keganjilan' itu.
lalu aku pun mencuit bahunya dan menunjukkan ke arah kubah yang berada di atas tanah itu.
di fikiranku, mungkin kubah tu sedang bersujud?

"apa hal?" soal abah.
"lailatul qadar," jawabku spontan sambil jariku tetap menunjuk ke arah kubah tersebut.

tiba-tiba abah sekel kepala aku.

"adoi!" jeritku.

"dah berapa lama kau tak pergi ke masjid, hah?"

aku tercengang.

"masjid tu tengah renovate. bumbung bocor. jadi, diorang alihkan kubah tu ke atas tanah buat sementara... pandai!!!"

moral of the story: rajin2 lah jengah ke masjid berdekatan walaupun bukan untuk bersolat ^_^

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

27 Your Words of Lo♥e

  1. hehe, dah baca crita ni, member post kat wassapp :P

    ReplyDelete
  2. Hheheee, mendalam cerita ni ;D

    ReplyDelete
  3. hihi.. rajin-rajin pergi masjid lepas ni..

    ReplyDelete
  4. anies kena sekel...
    tergelak sungguh akak baca...kelakar
    bukan tak nak pergi abah..tak sempat he..he..

    ReplyDelete
  5. kahkah...lawak okeh citer ni...

    ReplyDelete
  6. hihihi...mesti kena gelak 1 rumah :)

    ReplyDelete
  7. segar sikit mata ni bila baca citer ni anies...

    ReplyDelete
  8. ahahhah!! xagak2 lawak...mesti mula2 rasa mcm blessed giler dpt tgk lailatulqadarkan,kihkihkih!!!

    ReplyDelete
  9. hehe..tu lah kan bulan puasa baru nak jengah masjid, tak tau pula masjid tengah renovate, kelakar sangat baca, heheh..aduyai.

    ReplyDelete
  10. hahahahah.... kan dah kena sekeh...

    selamat berpuasa anis :)

    ReplyDelete
  11. hambek..kena seketoi. hahahah

    ReplyDelete
  12. ha kan dah kene sekel...hehe

    ReplyDelete
  13. hahahaha suspen tol cerita ni...igtkan pengalaman mengalami lailatul qadar...sekali masjid kena renovate da huhu~ suka bca entri ni

    ReplyDelete
  14. tak sempat je..kan bulan puasa baru nak jengah masjid, rupanya masjid tengah renovate

    ReplyDelete
  15. Hihihi...senyum sorang2 bila baca ntri ni....

    ReplyDelete
  16. Ekeke....dh kna sekeh ngn abh...

    ReplyDelete
  17. nampak sgt dia jarang pi masjid...

    http://lagunamerbok.blogspot.com/2013/07/3-rakan-blogger-sudah-ditemui.html

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. hahaha..
    terkejut tgk kubah kat bawah. kihkih

    ReplyDelete
  20. bahhaahah tak boleh blah lawak ni..
    putus urat kentut madam!

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆