Borderless brotherhood : Pasentren Darul Ikhlas, Cikarang, West Bekasi

9:55 am

...السلام عليكم

Daerah Cikarang ni terletak antara Jakarta - Bandung.
perjalanan ke sini memakan masa hampir dua jam.
tu pun kalau tak terperangkap dalam jammed.

FYI, pasentren (sekolah pondok) ni adalah milik salah seorang staf Ana Muslim cawangan Indonesia.
kami memanggilnya Ustaz Arsil.
ustaz Arsil ni juga merupakan salah seorang graduan Master dari UIAM.
dan boleh dikatakan saban tahun, beliau akan ke AM Malaysia atas faktor2 tugasan.

sebenarnya pasentren ni baru berusia 2 tahun.
bilangan pelajarnya (mereka dipanggil santi) baru mencecah 56 orang.
dan insya-Allah pada penggal yang akan berlangsung tidak lama lagi (kalau tak silap bulan 6), pasentren ni bakal menerima santi baharu.
setakat ni belum ada lagi santi dari kalangan perempuan.

FYI juga, pendidikan tahfiz dan agama menjadi modul utama yang digunapakai di pasentren ini.
akan tetapi, subjek2 seperti English, Matematik, Sains, Sejarah etc. turut diajar di sini.

antara kemudahan yang disediakan adalah kelas, makmal, asrama, kantin, masjid, padang futsal dan lain2.
rata2 santi yang belajar di sini terdiri daripada warga tempatan yang berusia antara 11 - 17 tahun.

pasentren ni terletak di tengah2 sawah padi.
sayangnya, ketika anies sampai, waktu malam dah menjelang.
so, harapan nak tengok kawasan kampung nan menghijau tak kesampaian...

so, layankan je la yek apa yang ada ni.. ;-)

ketika sampi di tol Cikarang ni, hujan turun renyai2.
ingatkan masa tu dah nak sampai.
rupanya2, jalan nak masuk ke pasentren ni...
ya Allah... jauh ya amat!

sepanjang jalan masuk ke pasentren ni,
 yu ols akan jumpa pelbagai jenis jualan.
dari makanan sampailah ke barangan keperluan harian.


jarang kita jumpa kat Malaysia.
lazimnya pemilik kereta yang berderet menunggu untuk isi minyak.
tapi kat Jakarta / Bandung, pemilik motorsikal yang paling ramai beratur untuk isi minyak.

para santi menyambut kedatangan kami.
sebelum kami sampai, ada yang tertanya2:
macam mana ya muka orang Malaysia ni?
adakah sama macam muka kita?
hehehe...

ni masjid di pasentren.
sebaik sampai, kami bersolat Isyak berjemaah bersama2 para santi.

bangunan asrama khusus untuk pelajar tahfiz.

pondok terbuka ni bersebelahan dengan kolam ikan.
ada beratus2 ekor ikan.
tapi oleh kerana dah malam, kami cuma dapat dengar air berkocak je.
kebanyakan bekalan ikan untuk pasentren ni diambil dari kolam ni.

ustaz Arsil (tiga dari kanan).

dessert ni memang sedap.
anies tambah sampai dua kali!
lepas tu, siap minta resepi sekali!
nanti anies share okey!
selain dessert ni, kami juga dihidangkan dengan nasi putih, sup daging lembu (pedas giler!), sate dan kari kambing.
semua sedap2 belaka!

khusyuk mengadap dessert.

isteri ustaz Arsil (bertudung hitam).

mendengar taklimat yang disampaikan oleh ustaz Arsil tentang pasentren beliau.
yang berjubah putih = santi.

bersalaman sebelum kami pulang.

insya-Allah, kalau ada rezeki nak datang lagi ke sini.
tapi bukan waktu malam laa...

Kisah Silam Untuk Masa Depan

25 Words of Lo♥e

  1. wahh.dessert tu dia letak apa. nampak mcm sedap. nanti share resepi yukk.

    ReplyDelete
  2. Siap mintak resepi lagi ya anies hihihi

    ReplyDelete
  3. banyak tempat juga anies pergi seronoknya..
    dessert tu nampak best...

    ReplyDelete
  4. dua kali tambah, mintak resepi lagi..mesti sedap giler nih!

    ReplyDelete
  5. Salam Anies...sejok hati melihat anak2 kecil/remaja mendalami Al-Quran.Semoga diterangkn pintu hati mereka..Aamiin

    ReplyDelete
  6. seronokkan anies dpt jln2 tempat org ni...
    Kalau kakain pun dpt peluang mcm ni mesti seronok. ..

    ReplyDelete
  7. Salam...eh ye ke, muka tak sama ke..hehehee...jgn lupa resepinya ya...

    ReplyDelete
  8. info menarik.masa akak ke Bandung dulu akak pegi ke pasentren darut tauhid milik ustaz Abdullah Gymnastiar atau lebih dikenali Aagim.Bermalam 1 malam di chalet dia.Best.

    ReplyDelete
  9. tak sabar nak tunggu resepi desrt tu....

    ReplyDelete
  10. ok, ku tunggu resepi dessert mu

    ReplyDelete
  11. kalau dtg waktu siang lain kali, snap gambar sawah padinya tau ;)

    risau jugak kalau nak hantar anak2 ke pesantren ni, sebab ada pesantren yg ajar keganasan/hantar training jihad...So, mmg kena selidik 200% before hantar anak

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah sempat juga singgah disini ye anies !

    ReplyDelete
  13. Desert ni guna fresh fruit ek? Buah hijau/kuning tu rasanya avocado...:)

    ReplyDelete
  14. dulu masa gi gunung kerinchi naik bas dari dumai ke kaki gunung balik ke dumai.. memang makan masa berhari2ler.. syiok sebab tengok budaya dia.. memang sesuatu yang takder kat malaysia..

    ReplyDelete
  15. Seorang ustaz pernah cakap bahawa pelajar tahfiz merupakan insan terpilih dr Allah. Bertuahnya dapat berjumpa mereka.

    ReplyDelete
  16. macam best jerk aktiviti kat sana.....

    ReplyDelete
  17. selalu yang kak zu selasa baca atau dengar,kebanyakan yang pgi bandung atau jakarta hanya untuk bershoping atau melawat tempat2 perlancongan sahaja,tetapi anies ni lain skit melawat pesantren..kak zu rasa kagum ngan anies nih..

    ReplyDelete
  18. Anies bestnya dapat melawat pesantren macam ni.
    Ummi doakan moga pesantren ni terus berkembang, semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  19. Ok, nak resepi jugak... heheheeee :)

    ReplyDelete
  20. waa... nice experience.
    ada resepi? mahu!!

    ReplyDelete
  21. nmpk menyeramkan tmpat tu tp nk resepi tu.. mcm mna ya nk buat :)

    ReplyDelete
  22. alamak..part food tu yg paling mnggoda :)
    tringin plak nk ke tmpat2 mcm nikan:)

    ReplyDelete
  23. anies mama tak sempat kesana.. :(

    ReplyDelete
  24. klu dpt tgk view waktu siang , mesti indah ...

    ReplyDelete
  25. wah kehidupan di pesantren jadi inget pas saya masih kecil pernah hidup di pesantren, belajar mengaji sama kyai dan ustad, semoga ilmu yang diberikan sama kyai dan ustad bisa saya amalkan amin :)

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆