The National Palace #1

9:56 am

Masa hari pembukaan lagi, kami da pergi tapi sayangnya disebabkan VVIP, kami tak dapat masuk.
sampai la hari Ahad lepas, baru la tertunai hajat di hati.

bertempat di Istana Negara lama, Pameran Raja Kita ni berlangsung sampai 15 Jun 2012.
so kepada anda yang tak nak lepaskan peluang, kenalah pergi sekarang.
rugi woo kalau tak pegi.
bukan senang / selalu dapat ke sana.

pameran ni dibuka kepada orang ramai (FOC) dari jam 9 pagi sampai 5 petang.
kalau bawa kamera / video, kena la bayar RM3.
kalau tak nak bayar, sorok je kamera tu dalam beg.

well, here some pic + info to share.
enjoy!

Singgahsana.
merupakan lambang kebesaran takhta kerajaan sesebuah negara.
raja yang memerintah akan bersemayam di atas Singgahsana dengan penuh berdaulat lagi mulia.
Singgahsana ini boleh dilihat di Balairong Seri.

Singgahsana dari pandangan sisi.
Singgahsana di Istana Baru Jalan Duta lebih besar dan sedikit berbeza daripada Singgahsana yang terdapat di Istana Negara lama.

Muskat.
pakaian rasmi bagi SPBA ketika istiadat pertabalan atau majlis2 rasmi kerajaan.
pakaian rasmi ni berasal dari negara Muskat, sebuah negara Islam yang terletak berhampiran dengan Iran.
diperbuat daripada benang bulu berwarna hitam yang dijahit dengan sulaman benang emas bercorak awan larat dan bunga raya.

 ni koleksi IC milik Sultanah Hamimah.
dari zaman IC kaler biru sampai IC yang berwarna-warni.
dan juga dipaparkan lesen memandu milik Sultanah.
bila tengok IC ni, kome baghu tahu ghoper nyer Sultanah ni orang Perak (ketinggalan ketapi sungguh kome ni)

ni pulak passport antarabangsa milik SPBA.
sama ada anda datang dari royal family or golongan marhaen, kaler passport still sama okey!
tak de bezanya.

antara pakaian rasmi yang dipakai oleh SPB Permaisuri Agong.
dipakai ketika mengiringi SPBA di majlis2 rasmi.

kerongsang dan kalung yang dipakai oleh Sultanah.
diperbuat daripada emas putih dan bertahtakan berlian penuh.
kalung ni berbeza dengan kalung diraja.
harganya? tu kena tanya jauhari la ya!

 sebahagian potret SPBA yang menghiasi Balairong Seri.

bunga emas yang juga dikenali sebagai ufti.
apakah  kegunaan ufti?
ish ish ish.. korang ni... sejarah pun failed ke?

Cogan Agama.
alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang Kebesaran Kerajaan Malaysia.
diperbuat daripada perak.
panjang: 155.04cm (5 kaki 1 inci)
di kepala tongkat, diukir dengan ayat-ayat suci al-Quran.

Cogan Alam.
diperbuat daripada perak.
panjang: 162.66cm.
di hulu tongkat, dihasi dengan jata setiap negeri di Malaysia yang diperubat daripada emas.
selain itu, terdapat empat lembaga harimau dan enam tangkai padi yang diperbuat daripada emas.

Keris Panjang Diraja (kanan) dan Keris Pendek Diraja (putih).
Keris Pendek Diraja diperbuat daripada mata keris lama dengan berhulu dan bersarungkan gading yang bertahtakan emas.
hulu keris ini dinamakan Hulu Pekaka yang berupa kepala Garuda.
lambang kerajaan Persekutuan dilakarkan pada sampirnya.
manakala keris Panjang Diraja merupakan salah satu alat kebesaran negara yang utama ketika istiadat pertabalan.
hulu dan sarungnya bersalut emas dan keris ini hanya akan dibawa oleh SPBA dalam istiadat2 tertentu sahaja.

Tengkolok Diraja.
tengkolok ini akan dipakai oleh SPBA ketika hari pertabalan.
soleknya dinamakan Dendam Tak Sudah yang berasal dari Negeri Sembilan.
di bahagian hadapan tengkolok, dihiasi dengan anak bulan berbintang pecah empat belas yang diperbuat daripada emas putih.

Pending Diraja.
diperbuat daripada emas sepuluh mutu bertahta dan bersulamkan permata delima dan ditengah-tengahnya tertera lambang Kerajaan Persekutuan.
tali bengkungnya diperbuat daripada kain sakhlat bertekat bungan-bungaan yang diperbuat daripada benang emas.

Cokmar.
merupakan 2 tongkat pendek berhulukan kubah.
menjadi salah satu alatan perang pada zaman dahulu.
diperbuat daripada perak.
panjang: 81.32cm (2 kaki 8 inci)

Pedang, Keris Panjang dan Sundang Diraja.
merupakan sebahagian alat kebesaran diraja.
keris panjang dan sundang disaluti dengan perak dan mempunyai ukiran pada hulu dan sarungnya.

Gandik Diraja (atas) dan Kalung Diraja.
Gandik (Pemeles) dan Kalung Diraja adalah sebahagian daripada pakaian rasmi bagi SPB Raja Permaisuri Agong.
kedua-duanya diperbuat daripada emas putih dan bertahta berlian penuh.
dipakai ketika majlis2 rasmi termasuklah ketika istiadat pertabalan SPBA.

pingat darjah kebesaran.
Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (merah)
darjah kebesaran ini dikurniakan kepada seorang raja yang telah diisytiharkan sebagai SPBA.
Seri Maharaja Mangku Negara (biru)
penyandang darjah ini akan membawa gelaran Tun manakala isteri penyandang bergelar Toh Puan.

cop mohor.


mug, pinggan dan souvenir yang dibuat khusus sempena ulangtahun Jubli  Emas (50 tahun) Sultan Abdul Halim memerintah negeri Kedah yang berlangsung beberapa bulan yang lepas.

di satu bahagian yang lain, turut dipamerkan adalah tentang Kesultanan Brunei.
tapi kat sini, cuma dipaparkan tentang fakta, gambar dan beberapa info menarik tentang kerajaan Kesultanan Brunei.
tiada alat kebesaran diraja dipamerkan.

most info di atas anies ubahsuai daripada buku khas ni.
kalau anda nak buku ni, kena jawab dulu soalan2 yang diutarakan.
kacang je soalan2 dia.
(tqvm kat ** sebab tolong beri jawapan ;-)

insya-Allah, next entry anies share lagi.
lagi ummpphh! lagi best!
(dah macam iklan la pulak!)

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

40 Your Words of Lo♥e

  1. waaa....


    moon xsempat nk g istana negara...

    adik je dah masuk kat situ..besar bebenor istana.. selalu lalu ikut jalan tu je.. hehe

    ReplyDelete
  2. menarik! misti best kalau dpt dtg tgk sendiri

    ReplyDelete
  3. dah mcm tgk pameran ONLINE hehehe....
    layannn

    kalo g tgk live lg seronok nihh

    ReplyDelete
  4. Kakcik tak payah pergi dah... rasa macam dah lengkap je baca kat sini. :)

    ReplyDelete
  5. anis, btul mcm kakcik ckp..anis buat entry dh complete dgn nama fungsi gmbar segala....takyah pi dh la..hihi

    ReplyDelete
  6. wah... macam tu yee... bila tgk ic lama teringat ic kita dulu2x... sayang la tak simpan ic lama tu ..,. boleh jadi nostalgia...

    ReplyDelete
  7. tak sempat, ruginya....
    tengok gambar kat blog KhaiRin aja laaa......

    ReplyDelete
  8. waa bestnya,dapat juga melihat suasana di istana dan alat2 kebesarannya...

    ReplyDelete
  9. Hidup Melayu bersendi adat...

    ReplyDelete
  10. kalaulah dia bagi duduk kat atas siggahsana tu kan anies, memang seminggu la tak basuh punggung.. erkkk.. haha..

    ReplyDelete
  11. mcm best jer...teringin jugak nak kesitu...

    ReplyDelete
  12. wah mcm best jew..tp tak taw la bile leh g ;)

    ReplyDelete
  13. Sampai 15 jun ni je? Alaaa konfirm tak sempat pegi...

    ReplyDelete
  14. dpt tengok gambar kat blog anies jadilah.nnak pergi memang tak dan..

    ReplyDelete
  15. YANG PASTI SEMUANYA WARNA KUNING...

    UFTI TU APA ERK??? LUPA LAH... HEHEHE

    ReplyDelete
  16. sampai jumaat la yer...

    akak x berkesempatan la, tengok gambar dan info kat blog ni je dah macam p ke istana dah... syabas,..

    ReplyDelete
  17. wah bestnya..anies dah melawat kesana !!!..

    ReplyDelete
  18. perghhhhh!! emas dimana mana!!!
    mataku bersinar sinar....lol... :P

    ReplyDelete
  19. terima kasih berkongsikan semua² ni.. nak harapkan saya pg sane.. mmg x pergilah huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  20. taksubnyer. x tau pn leh pegi... jakun sungguh la. hik3

    ReplyDelete
  21. haha..siap ajo mengelat lg...btw, nice place...bila laaa dpt gi..huhu

    ReplyDelete
  22. kami laki bini mmg nak pegi, tapi rasanya mcm tak sempat jer...adoi la...

    tengs kongsi gambar2 ni...

    ReplyDelete
  23. wah best pameran ni...tp tak berpeluang nak gi...anak dah besar baru sronok nak bawa temapt gini...

    ReplyDelete
  24. menarik =) tp xde mase nak g sne..akan datang mesti dah xde lg pameran ni..

    ReplyDelete
  25. wokeh dh bleh komen hahhaha....
    nanti trun ptg rojer awal2 tau bleh prepair cheese cake tue :)

    ReplyDelete
  26. seronok gak blh tgk mde2 ni semua. DAULAT TUANKU

    ReplyDelete
  27. bestnya...mcm dah rasa jln2 plak kat sana..kuning je..hihh..

    ReplyDelete
  28. As-salam anies
    Sebenarnya kena tengok sendiri, baru puas hati; kena baca sendiri, baru dapat lebih menghayati. Dah tak sempat, apa nak buat. Terima kasih berkongsi cerita, juga gambar-gambarnya.

    ReplyDelete
  29. woowww.. sirius bling bling gitu :D

    ReplyDelete
  30. awk nk kena mimpi kawen ngan anak raja neh...hihihi

    ReplyDelete
  31. terbaca kat atas ada yang nak kawen anak raja...haha >_<
    comel aje...hehehe

    ReplyDelete
  32. belum pernah lagi masuk istana.

    ReplyDelete
  33. koleksi tue kalau jual mesti banyak dapat duit hehehe...suka2 jer akak...

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆