Lopez de sequeira?

11:29 am

Mana2 kuih tradisional yang menggunakan air gula memang jadi favourite anies.
kena pulak air gula yang pekat.
tak macam kat KL ni, cair macam air sarsi.
kuih ni kalau dah mengadap sepinggan, tak mustahil akan tambah dan tambah lagi.
bagi anda yang baru balik dari planet Pluto, kuih lopes ni atau nama saintifiknya Lopez de sequiera bukanlah hasil resepi daripada Jennifer Lopez, bukan juga kuih buatan pemain bola yang bernama Mario Lopez atau pengembara Portugal yang famous tu, Lopes de Sequiera.
kuih ni sebenarnya kuih tradisional Baba Nyonya ya!


bahan-bahan:
pulut
hati abu (sejenis serbuk yang juga digunakan untuk merendam sotong)
pewarna hijau
kelapa parut
sedikit garam

untuk air gula:
gula melaka / gula merah
gula pasir
air
daun pandan

cara membuat:
basuh dan kemudian rendamkan pulut bersama-sama hati abu selama sejam.
apabila pulut berubah warna kekuning-kuningan, masukkan pewarna hijau dan biarkan sampai pulut bertukar warna hijau.
masukkan pulut ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.
selepas pulut masak, bentukkan / kepal pulut mengikut saiz yang dikehendaki.
golekkan pulut bersama-sama kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam.

untuk air gula:
panaskan gula melaka / gula merah bersama 2 cawan air dan daun pandan.
apabila hampir mendidih, masukkan gula pasir.
makan bersama2 dengan kuih lopes.

yang ni kuih lopes juga.
edisi 'berbatang' ;-)
camna nak buat sarungnya tu?
gi la tanya mama anies ya...

::kot ye pon sedap bebeno, gi la lap air liur tu...

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

37 Your Words of Lo♥e

  1. lopez..my fev
    sedapnya jika dibuat jenis gini....

    ReplyDelete
  2. Perebet eh! peberet kakcik tu. :)

    ReplyDelete
  3. apa kegunaan hati abu dalam kuih nie???

    ReplyDelete
  4. tak pernah dengar,n lihat hati abu ni..

    pandai anies but kuih ni..kak tak pandai la anies..

    nnti kak cuba.

    ReplyDelete
  5. kueh lopez memang sedap ,kena pulak dgn air gula yg sedap dan wangi tu

    ReplyDelete
  6. sedapnya kuih lopes.....
    erm lopes 'edisi berbatang' tu pon sedap gak, makan ngan serunding.. nyummi.....

    ReplyDelete
  7. o ni ke kuih lopezzzz? sy penah makan tp tk tahu tajuk kuih tu :D

    ReplyDelete
  8. kegemaran saya jugak..
    tapi yang berbatang tu tak pernah makan pun..
    dalam nya apa rupa ye??

    ReplyDelete
  9. hehe..duk tengah lap airlah lah ni..
    Ada lagi ke, mai sepinggan!

    ReplyDelete
  10. hmm..kuih rupenye..
    sedap nih..suka makan..nak buat x reti

    ReplyDelete
  11. mmng kumnggilai lopez d squera neh tp time bln puasa je dpt kujumpa

    ReplyDelete
  12. jap..betul ke kuih ni nama saintifik dia gitu?


    akak suka gak kuih yg ada guna air gula..kuih yg akak suka tu namanya bubur sumsum (kalau kt johorla kalau negeri lain x tau panggil apa)

    ReplyDelete
  13. Lopez.....my fev too!!! nyummmmmyyyy:-)

    ReplyDelete
  14. Lopez.....my fev too!!! nyummmmmyyyy:-)

    ReplyDelete
  15. kuih lopez?? mcmna rupa isinya??

    kuih hujau tu ala2 kuih ondeh2 kan?

    ReplyDelete
  16. dah lama xmkn kuehh ni!!!

    sedap tu mkn waktu minum ptg...:D

    ReplyDelete
  17. teraso lamo lak x mkn kuih lopez tuh...huhu

    ReplyDelete
  18. kuih lopes memang sedap..tambah sedap kalo balut dgn daun pisang camtu kan..

    ReplyDelete
  19. suke mkn jgk..hehe.. tp xreti buat..kihkih..

    #anis. try kuih cek mek.. ade air gula kt dlm..best..hihi

    ReplyDelete
  20. Laki saya suka sgt. Saya pun suka. Mcm akak gak, saya suke panggil kuih ni lopez de squarea..hehe. Tapi saya suke btk triangle.. :)

    ReplyDelete
  21. teri mandi...nama kat kelantan...ya ka??? gasak p la hahha..
    tetiba lapar kan

    ReplyDelete
  22. amboi kak aini...main kasar nampak...heheh...yummy yummy!sheddappp! :D

    ReplyDelete
  23. Kueh ni mmg best syok habisss...

    ReplyDelete
  24. baru tau yg bentuk bulat tu..rupanya maacam buat lontong. akk suka yg bentuk tiga segi..padat.

    ReplyDelete
  25. saya sangat suke kuih atas tu .. hukhukk *telan liur !

    ReplyDelete
  26. kalau dpat makn free mesti enak ni sis.heheeee

    ReplyDelete
  27. kuih kegemaran sy ni...tolong buatkan bleh tak...kih kih kih

    ReplyDelete
  28. Saya pun suka makan kuih lopez...selalu beli kat pasar malam.

    ReplyDelete
  29. Akak pun suka kuih ni. Tapi yang selalu dibuat di Johor. Dalam bentuk tiga segi tu...bestt..

    ReplyDelete
  30. Hati abu!? Sampai hati.....:'(



    Hahahaha...

    ReplyDelete
  31. akak tak reti buat kuih lopez ni...harum bau guna daun pisang tu kan

    ReplyDelete
  32. bulan pOsa slalu ngidam nk makan ni ...

    ReplyDelete
  33. i suka makan lopez d squera ni..kihkih..tapi tak pandai pun masak

    ReplyDelete
  34. lopez memang sodap..bru jek mkn
    masa balik kg ri2..mak akak buat..
    bila lah nak reti buat sdiri ehh..
    hehehe..makan jek reti

    ReplyDelete
  35. lopez de sequiera? haha. mmg betul ke tu name saintifik die? ske kuih lopez. dah lama x makan :)

    ReplyDelete
  36. ehem terliur..loperz ni kegemaran mama jugak..he2x..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆