Finance: are you smart enough?

9:52 am

Kemelesetan ekonomi yang berlaku di seluruh dunia sedikit sebanyak menjadikan kita lebih peka terhadap pengurusan kewangan.
sama ada bekerja sendiri atau makan gaji, kita tidak boleh terus berada di zon selesa kerana apa-apa sahaja yang melibatkan wang, ianya akan berkait dengan semua perkara.
sebagai contoh, ketika kita jatuh sakit dan memerlukan rawatan yang mahal; di kala itu barulah kita sedar bahawa kita terlupa untuk menabung demi kesihatan sendiri.
kita dibuai oleh keseronokan (berbelanja) sehingga mengabaikan perkara yang lebih penting.

oleh yang demikian, mulai sekarang kita perlu mewujudkan satu bentuk keadaan yang dipanggil: bebas kewangan.
apakah maksud bebas kewangan?

bebas kewangan adalah satu keadaan bila mana pendapatan residual kita melebihi perbelanjaan bulanan kita.
maksudnya, walaupun kita tidak perlu bekerja, namun kita masih ada kewangan yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan.

contoh: katakan kos sara hidup berkeluarga ialah RM3000.
jadi, kita perlu memiliki pendapatan residual melebihi RM3000.


:: barangkali dalam pelaburan ASB, ada RM200 000 - ini memberi pulangan pelaburan dalam lingkungan RM1600 sebulan.


:: barangkali kita ada menyewakan 2 buah rumah dan sebuah rumah, kita memperoleh pendapatan sebanyak RM600. maka pendapatan daripada 2 buah rumah sewa x RM600 = RM1200


:: barangkali kita mempunyai perniagaan secara online yang secara tidak langsung memberi pulangan sebanyak RM1000 sebulan.

pendapatan residual = RM1600 + RM1200 + RM1000 = RM3800

dengan ini, anda telah mempunyai kewangan mandiri atau bebas kewangan!
kalau tak nak kerja pun lepas ni tak mengapa.
boleh goyang kaki, kata orang...

(diubahsuai daripada artikel Dr. Irfan Khairi)

deposit photo.com


Yang Ni Pun Best Juga Taw!

31 Your Words of Lo♥e

  1. saya masih belum bebas dari masalah kewangan...

    ReplyDelete
  2. Owh rasanya di usia awal 20-an ni mmg susah nak ada peluang bebas kewangan..mungkin hanya yg bertuah yg mampu bebas kewangan..tapi kalo rajin berusaha mungkin ada peluang yg dtg

    ReplyDelete
  3. mmm.... skrg ni taraf idunp tinggi kan :) semuanya nk padai duit

    ReplyDelete
  4. Masalah kewangan kakcik kadangkala sangat mencekik leher!

    ReplyDelete
  5. biasala...bawak skping 50 hinggit xrse papepown..semua brg mhl..

    ReplyDelete
  6. sy tak berkerjaya lgi akak tpi rsanya klu tgok family kewangan stabil kot.. :p

    ReplyDelete
  7. nak jg ikut, tp mcm payah.. duit asb pun tak byk, dividen pun ciput lah.. bisnes online tak try lg...mcm mana? berjimat apa yg ada je la

    ReplyDelete
  8. kewangan kejap stabil...
    kejap tak stabil..
    memang tak pernah habis2 masalah kewangan ni..

    bilalah nak kayo ni hu3...

    ReplyDelete
  9. kewangan saya dan keluarga cukup2 makan..ekekeke..

    ReplyDelete
  10. kna blanja bhemah. akk pun ada buat sikit2 plaburn hartanah

    ReplyDelete
  11. bestnyer kalu gitu rupa kewangan kita kan...

    ReplyDelete
  12. kakcik, saya pulak memang dah tercekik pun.. huhu..

    hihi, sori khairin, nak nyampuk komen kakcik..:) ..

    ReplyDelete
  13. bestnya kira2 mcm ni... kena ada long term investment jugak kalau nk gini huhu

    ReplyDelete
  14. saya pun..utang masih byk, ptptn, mara lg..adehhhh

    ReplyDelete
  15. insyallah sepuluh tahun lagi baru bebas kewangan..huhu

    ReplyDelete
  16. Menarik ni Anies, Irfan khairi memang jadi idola.

    ReplyDelete
  17. anies..dizmn ni segala2nya memerlukan wang !!.. hu2x..mama pun belum ditahap bebas kewangan tu..

    ReplyDelete
  18. Jangan menipu pinjam duit dgn kawan2 baik sudah!..

    Serius, ramai yg keberhutangan teruk skrg ni..

    ReplyDelete
  19. takut den..nak bisnes tak tahu bisnes apa..payah ni!!hehee

    ReplyDelete
  20. tang rumah tue pulak..walau kita sewakan kita juga jangan lupe kita perlu bayar bulanan kt bank kan

    ReplyDelete
  21. kewangan sekarang tak menentu.. isk isk

    ReplyDelete
  22. Saya selalu berpesan kpd diri & anak-anak : ukur baju kat badan sendiri. Selagi boleh recycle, make use of it. Cthnya baju anak sulung, anak no 3 boleh pakai lagi hak hak hak.

    ReplyDelete
  23. selalu berhati2 dlm berbelanja walaupun kengkadang tergelincir jugak hehehe.

    Thanks a lot sbb inform ttg blog saya yg bervirus hari tu. Tq tq & tq

    ReplyDelete
  24. kene handle kewangan dgn sebaik mungkin..
    skrg2nye menyimpan 30% drp gaji bulanan..

    ReplyDelete
  25. adwa student..mslh kewangan mmg mslh terbesar adwa -___-"

    ReplyDelete
  26. betul jugak tu, kena menyimpan utk time sakit nnt...huhu...

    ReplyDelete
  27. setuju....

    saya sekarang ada ASB dan TABUNG HAJI... bulan2 potong gaji... atleast kalau terdesak ada cover... tak ler pinjam...

    bestnya kalau saya ada rumah yang boleh disewakan...

    ReplyDelete
  28. kewangan dela turn naik x menentu.... menci menci!!

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆