Rabu Ramadan: memori umrah 1998

9:41 am

Setiap kali Ramadan menjelma, salah satu perkara yang tak mungkin anies lupa ialah peristiwa yang berlaku pada tahun 1998.
masa tu, Ramadan jatuh pada bulan Januari, serentak dengan sesi persekolahan baru.
tahun tu, kami sekeluarga dimurahkan rezeki oleh-Nya.
bukan sahaja dapat menyambut Ramadan tetapi juga diberi peluang menjadi tetamu-Nya buat pertama kali.
ya, tahun tu kami sekeluarga mengerjakan umrah di tanah suci selama lebih kurang 13 hari.
pada mulanya anies tak nak pegi tapi setelah dipujuk, akhirnya akur juga.
tu pun selepas dirasuah dengan tiga helai jubah! ;-)

kami bertolak ke Mekah pada 8 Ramadan kira-kira jam 11 malam.
masa tu KLIA belum dibuka lagi.
dari Subang terus ke airport King Fadh.
tiba kat sana masa tu waktu Subuh.
kami dah siap bersahur dan niat miqat dalam flight.

lepas Subuh, kami tunggu bas untuk dibawa ke Madinah.
naik je bas terus qada' tidur.
sebab sepanjang perjalanan tak dapat nak lelapkan mata kerana terlalu eksaited naik flight for the first time!

celik2 mata dah sampai Madinah and waktu ketika tu dah hampir 11 pagi.
sampai kat hotel terus bersiap-siap sebab dah nak pergi solat Zohor.
masa tu Zohor di sana lebih kurang pukul 12.30 tengahari!

kami duduk di Madinah lebih kurang 4 hari dan sepanjang berada di sini, sempat kami menziarahi makam nabi SAW, perkuburan Baqi', medan Uhud, masjid Qiblatain serta pasar kurma.
salah satu suasana yang tak mungkin dapat di Malaysia ialah ketika berbuka puasa.
sangat2 happening!
pendek kata, kami tak perlu beli makanan sebab sepanjang beriktikaf dalam masjid, orang datang beri makanan.
sampai tak muat ruang dalam perut ni!
tu tak kira makanan kat hotel!
mau balik Malaysia, berat badan naik 4 kilo!

selepas Zohor dan bermiqat di Bir Ali, kami bertolak ke Mekah.
perjalanan yang jauh tu dihiasi dengan padang pasir yang sangat2 luas.
so zzzz je la di kala orang lain sibuk bertalbiah.
kami tiba di Mekah kira-kira dalam pukul 5pm.

kala tu, mungkin Allah nak uji kami.
kami diturunkan dari bas di satu tempat yang agak jauh dari hotel.
disebabkan itu kami terpaksa 'berkelana' depan kedai selama 3 jam sampai nak masuk waktu Isyak.
orang yang bertanggungjawab menguruskan kami tu sangkakan bahawa kami dah selamat tiba di hotel, malangnya kami rupa-rupanya tersadai di tepi jalan.
nak tak nak terpaksa telefon pengurusan di Malaysia walaupun masa tu waktu Malaysia dah pukul 11 malam.

alhamdulillah, akhirnya kami tiba jua di hotel.
penat tak yah nak cakaplah.
makan, rehat then malam tu juga, sekitar pukul 12am kami turun juga ke Masjdil haram.
kami tahu time tu orang dah tak ramai kat sana.

first time tengok Kaabah depan mata, rasa sangat2 kerdil.
sangat2 insaf.
terus kami solat Isyak- terawih sebelum balik semula ke hotel.
dalam pukul 3 pagi, kami dah sahur.
oh ya, makanan kami disediakan oleh tukang masak dari Indon.
so tak la rasa kempunan dengan masakan kat rumah.

hari-hari kami di Mekah berlangsung dengan baik.
lepas Subuh, terus je buat umrah.
habis umrah dah tengahari.
tau-tau je dah masuk time berbuka.
berbuka di Mekah sama macam di Madinah.
sangat2 meriah!
paling anies tak lupa, anies sanggup keluar masuk masjid semata-mata nak dapatkan roti kurma yang sangat2 best!
sik baik la orang tu tak perasan!
lagi satu, kat Mekah; time bulan puasa ni la kita dapat tengok orang Arab yang kaya raya tu memberi sedekah non-stop!
makanan ke, duit ke... main campak2 je!

namun seperkara yang tidak mungkin anies lupa ialah ketika melakukan tawaf.
ketika tu, cuma anies dengan jiran anies je yang buat tawaf.
tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya.
masa tu baru je masuk pusingan pertama.
kami tak pedulikan hujan.
terus mengerjakan tawaf sampai selesai.
alhamdulillah, sebaik sahaja tawaf selesai, telekung dan baju yang kami pakai tu kering serta merta!

balik hotel, kami cerita hal ni kepada family members yang lain.
rupanya-rupa hanya kami berdua je yang mengalami peristiwa tu.
mereka; masa tu dah habis mengerjakan umrah dan hanya menunggu kami di satu sudut dalam masjid.

benar kata orang, kalau dah pergi sekali akan rasa nak pergi lagi.
tu la yang anies rasa sekarang.
kalau ada peluang dan rezeki, nak pegi lagi.
tapi bila ya?

google

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

18 Your Words of Lo♥e

  1. Aduh..sangat teringin nak pegi ohkey!!!

    ReplyDelete
  2. bagusnya awak.. muda2 lg dah pi umrah..saya masa tue baru form 5 huhuhhh

    ReplyDelete
  3. bestnya..dengar cerita awak pun dah rasa best..insyaAllah akn pergi juga nanti..

    ReplyDelete
  4. sahrom form 5, sy dh kat UTM (19 thn)..

    teringinnya nk pegi..bestla anies dh dpt ke sana..

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah klw mampu sure nak pegi..
    best pula baca pglmn ni.. :)

    ReplyDelete
  6. salam kenal,
    alhamdulillah, ada rezeki ke sana lagi annti.. insyaallah

    ReplyDelete
  7. insyaallah ada rezki blh ke sana lagi..saya pn penah ke sana time puasa..mmg meriah..skang ni asyik teringat jer kenangan di sana insyaallah ada rezki blh ke sana lagi..saya pn penah ke sana time puasa..mmg meriah..skang ni asyik teringat jer kenangan di sana

    ReplyDelete
  8. seronoknya dpt ke sana di usia muda..dan dpt pengalaman berharga mcm tu..mudah2an kami pun dpt ke sana suatu hari nnt =)

    thanks singgah blog.

    follow sini =)

    ReplyDelete
  9. WAHHH SERONOK KAN .. SY BACA BUKU TU PN CAM DAH SERONOK .. BANYAK PENGALAMAN AKAK YG BEST2 JGK KAN .. ;)

    ReplyDelete
  10. mesti seronok dpt berkunjung kesana...jika keadaan mengizinkan,insyaallah mama akan pergi kesana !!..

    ReplyDelete
  11. Niat dah ada. plan asl igt nak pegi umrah Ramadhan skg ni, tapi bberapa mslh tpaksa pendam lagi harapan tu.

    Berharap bulan Desember nanti menjadi kenyataan SG sekeluarga dapat menunaikannya..

    Ya Allah.. perkenankanlah impian SG. Amin...

    ReplyDelete
  12. subhanallah...dpt awak jejak kaki ke sana kan...doakan kami pulak yer...

    teringin sgt nak jejak ke sana..


    p/s: awat tak follow lagi...sedih tau...
    dah follow sini...

    ReplyDelete
  13. baca cerita sis best je .. pengalaman kat sana hurmm , kuasa Allah untuk menguji .. bila dpt pergi sana ni ..huhu

    ReplyDelete
  14. seronoknya baca pengalaman org jadi tetamu Allah ni.. Lia ni bilalah nak sampai ke sana..

    ReplyDelete
  15. wah bestnye bce pnglmn anis ni
    rasa mcm sronok je nk pegi sane
    kte tak pena pegi tingin gak
    nak menjejakkan kaki di rumah Allah ;)

    ReplyDelete
  16. Seronoknya dapat pergi sana..

    ReplyDelete
  17. sangat2 teruja dengar pengalaman ni.. dapat rasakan suasana kat sana.. cuba bab orang tabur duit yg wat Khalis smakin berkobar2..hehe..

    ReplyDelete
  18. Setiap orang pasti akan ada pengalaman masing-masing berbeza yang menjadi kenangan sepanjang hayat...

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆