Cina buta

9:29 am

Rasanya semua yang berjaya menamatkan darjah 6 tahu apa maknanya 'cina buta' kan? kan?
okey, yang tak tahu tu, cina buta ialah seorang cina a.k.a apek yang buta and dok kat tepi jalan.
pe dia buat? entah la...
tak kose nak skodeng time bulan puasa ni!

salah la anies...
ye ke? tu intro je...
so apa makna cina buta?
cina buta - merujuk kepada perbuatan seorang suami yang menceraikan isterinya dengan talak tiga dan lepas tu dia mengupah lelaki lain supaya berkahwin dengan bekas isterinya.
lepas depa kawen, depa kena bagi cerai. 
so suami yang gelenyah tak hengat ni boleh la mengahwini ex-bini dia semula.
ada faham adik manis?

tapi, camne ek asal usul nama cina buta ni?
adakah ia satu simpulan bahasa? atau ia satu kiasan? atau satu peribahasa?
cenggini kesah nyer...


dolu-dolu, kat Acheh, ada seorang raja ni telah menceraikan permaisurinya dengan talak tiga.
pastu raja ni jadi gila meroyan.
apsal? sebab dah talak tiga beb!
mana buleh nak kawen balik rite?
so, pikiaq punya pikiaq dia pon mengupah la seorang cina muallaf yang buta untuk mengahwini ex-bininya.
cina muallaf ni ikut je la kata raja ni.
almaklum la, raja.
kalau ingkar, nanti kena tulah!
lagi satu, dia tak nampak apa-apa. 
apatah lagi nak tengok muka 'bini' dia tu.
akhirnya depa pun kawen la.
lepas tok imam and para jemputan balik, raja pun suh cina muallaf ni ceraikan bini dia.
cina buta tu menurut je.
then raja maha gelenyah tu dapat la balik bini dia!


ulama'-ulama' fekah (esp. ulama' di nusantara) masa dulu tak tau lagu mana nak kiaskan hukum dengan perbuatan ni.
so depa pun amek la kisah raja ni then kiaskan dengan hukum ke dalam kitab-kitab fekah karangan depa.
lama-lama, timbullah perkataan cina buta, yang merujuk kepada perbuatan suami yang gila meroyan nak kawen balik dengan ex-bini dia selepas dia menghadiahkan talak tiga.

kesemua mazhab fekah mengatakan PERBUATAN CINA BUTA ini HARAM termasuklah pernikahannya. pun begitu bagi Imam Syafie, HUKUM pernikahan menerusi perbuatan ini TETAP SAH sekiranya semua rukun nikah itu dipenuhi (ijab, qabul, wali, pengantin).

...

ni just sebahagian kuliah ustaz azhar idrus yang anies pi dengaq tempohari.
just wanna share.
tu ja...
wallahu 'alam.

google

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

15 Your Words of Lo♥e

  1. jangan sesekali bermain dgn hukum Allah SWT

    ReplyDelete
  2. kena fikir panjang sebelum menjatuhkn talak..kalau x menyesal

    ReplyDelete
  3. x tau pun al-kisahnyer ttg asal usul cina buta ni..betul kata redza tuh, fikir dulu sblm menyesal..nnt gila talak,.haa sape ssh..SENDIRI jgk

    ReplyDelete
  4. nk tanya..selain menikah dgn lelaki lain, suami baru perlu juga 'bersama' dgn isterinya dulu baru boleh diceraikan dan bekas suami lama baru blh ambik balik isteri dia? ker x perlu?

    baru sy tahu asal-usul perkataan cina buta tu muncul

    ReplyDelete
  5. owh mcm tue..baru fhm..info berguna ni utk ms dpn..Makaseh sbb share..

    apapun smoga di jauhi dr semua ni..amin~ :)

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. baru tahu anis... selama ni tak tahu pun kenapa di gelar 'cina buta'

    ReplyDelete
  8. uih ada jugak macam ni ..mcm gila talak je ..emmm ... tak baik main2 kan cerai berai ni

    ReplyDelete
  9. wah sharing yg bgs la
    baru taw pasal ni ;)

    ReplyDelete
  10. wahh..ilmu baru!thanx kak anies! :)

    ReplyDelete
  11. ohoho..anies pergi kuliah yang dekat bukit indah ke melawati tu? saja tanya..

    SS ada jual jersi liverpool dan EPL yang baru. mai jenguk

    Menarik di SuaraSendiri
    Pelancaran blogshop SS

    Nak beli jersi EPL baru 2011/2012, blogshop SS
    moisoutlet.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Intro ingat nak cite pasal org lelaki selambe makan tghari bulan puasa ni..hehe.

    Cerai ikut nafsu lps tu menyusahkan semua orang pula. Huhu..

    ReplyDelete
  13. Kak Anies, ape cite sampul duit raya tu? Senyap je.. saya dh anta email add kt akak kt entry mane ntah..tak ingat pulak..

    ReplyDelete
  14. sebab tu jangan ikut nafsu sangat dalam nak jatuhkan talak

    ReplyDelete
  15. ceramah ustaz azhar idrus mmg terbaik...

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆